More

    Acer Malaysia lancarkan komputer riba ‘gaming’ Predator Helios 700 & Helios 300 bermula RM4,599

    Acer Malaysia hari ini melancarkan dua buah komputer riba gaming daripada siri Predator iaitu Helios 700 dan Helios 300 di samping mengumumkan acara Acer Day.

    Helios 700 adalah komputer yang lebih mahal di antara kedua-dua komputer tersebut kerana spesifikasinya yang lebih canggih. Ia dilengkapi papan kekunci ikonik HyperDrift dan dilengkapi dengan pemproses Intel Core i9-10980HK generasi ke-10 atau i7-10875H. Pilihan kad grafiknya pula di antara NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER.

    Acer Predator Helios 700

    Untuk memori, ia dilengkapi 64GB memori 2933Hz dan sehingga dua pemacu solid state drive PCIe NVMe. Skrin FHD IPS yang berukuran 17.3 inci pula menyokong teknologi NVIDIA G-SYNC dan kadar segar semula 144Hz.

    Bagi mengendalikan pelesapan haba, Helios 700 dilengkapi teknologi Predator PowerGem yang diperbuat daripada bahan khas yang boleh mengalirkan haba ke luar sebanyak 3.83 kali lebih tinggi berbanding tembaga. Selain itu, komputer ini juga mempunyai dua port Thunderbolt 3, pencahayaan RGB dan papan kekunci anti-ghosting.

    Untuk Helios 300 pula, ia lebih menyerupai sebuah komputer riba biasa namun masih dilengkapi spesifikasi yang baik untuk gaming. Ia didatangkan dengan pemproses Intel Core i7 atau i5 generasi ke-10, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, RAM sehingga 32GB dalam dwi-saluran (dual channel) dan pemacu SSD PCIe NVMe 512GB. Skrin IPS-nya pula berukuran 15.6 inci dan mempunyai kadar segar semula 144Hz.

    Helios 300 mempunyai teknologi kipas 3D AeroBlade bagi mengekalkan kesejukan pada laptop sewaktu bermain game. Untuk menjamin kepantasan internet, komputer ini dilengkapi Killer DoubleShot Pro beserta Intel Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 untuk mengekalkan kestabilan hubungan internet.

    Acer Predator Helios 300

    Helios 700 akan dijual pada harga bermula RM12,999 manakala Helios 300 pula pada harga RM4,599. Jika anda membelinya pada 2-4 Ogos, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Kedua-dua produk akan dijual bermula 2 Ogos di laman web Acer dan semua pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer Acer Predator ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured