More

    Acer Malaysia lancarkan penapis air Acerpure Aqua WP1 dan penapis udara Acerpure Pro P2 Classic, bermula RM899

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan dua produk baharu dalam siri Acerpure iaitu penapis air Acerpure Aqua WP1 dan penapis udara Acerpure Pro P2 Classic.

    Acerpure Aqua WP1

    Acerpure Aqua WP1 adalah penapis air tanpa paip yang boleh dipasangkan dengan tangki air sebesar 8.7 liter. Memandangkan ia tidak memerlukan pemasangan paip yang rumit, penapis ini sesuai diletakkan dalam bilik tidur, ruang tamu dan tingkat atas dalam rumah.

    Pengguna boleh kawal suhu air dalam Aqua WP1 secara tepat di antara 40°C sehingga 95°C. Sewaktu mengambil air pula, pengguna boleh tetapkan isipadu pra-tetap di antara 150ml, 300ml dan 500ml untuk sukatan yang tepat. Untuk sukatan yang lebih terkawal, pengguna boleh laraskan isipadu air sebanyak 50ml di antara 150ml dan 500ml.

    Ia dilengkapi sistem tapisan tiga langkah yang mempunyai pengiktirafan Ujian Kualiti Air SGS, di mana ia boleh menyingkirkan bahan sekecil 0.0001um seperti bakteria, virus dan sisa klorin. Ia juga boleh menjejak kualiti air Total Dissolved Solids (TDS) dalam masa nyata.

    Untuk mencuci, pengguna hanya perlu menekan butang cuci pintar apabila tahap TDS meningkat untuk mengekalkan tahap kualiti air yang terbaik.

    Acerpure Aqua WP1 akan dijual di Malaysia pada harga RM3,599 dan boleh dibeli dari Acer eStore, kedai rasmi Acerpure, kedai Acer Flagship di Shopee serta kedai fizikal yang dikendalikan oleh One Living dan Chin Loong. Ia datang dengan jaminan tempatan carry-in dua tahun.

    Pelanggan yang membelinya sebelum 14 Ogos 2023 akan menerima jaminan lima tahun dan satu penapis udara Acerpure Cool C1 (bernilai RM1,299).

    Acerpure Pro P2 Classic

    Acerpure Pro P2 Classic pula merupakan penapis udara dengan penapis HEPA 3-dalam-1 yang boleh menghapuskan 99% formaldehid dan memerangkap 99.9% zarah PM2.5 untuk memastikan persekitaran udara yang bersih.

    "
    "

    Pengguna boleh memantau kualiti udara persekitaran dalam masa nyata dan mengawal kelajuan pembersih daripada 1 ke 3, atau mod-mod pintar yang berfungsi berdasarkan kualiti udara.

    Acerpure Pro P2 Classic akan dijual pada harga RM899 dan boleh dibeli dari Acer eStore, kedai rasmi Acerpure dan Acer Flagship Store di Shopee.

    Pelanggan yang membelinya sebelum 21 Jun 2023 boleh mendapatkan harga istimewa RM599, serta disertakan dengan penapis yang berharga RM149 dan premium Acerpure. Produk Acerpure terpilih juga boleh dibayar secara ansuran tanpa faedah selama 12 bulan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...