Acer Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian Predator baharu sempena pusingan akhir Liga Predator 2026 yang merangkumi komputer riba berkuasa tinggi Predator Triton 14 AI, desktop gaming Predator Orion 3000 dan monitor WQHD 180Hz Predator XB323QU P.
Predator Triton 14 AI tampil dalam tubuh aluminium dengan ketebalan hanya 11 mm dan berat sekitar 1.6 kg, dilengkapi cip Intel Core Ultra 9 288V serta GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 pada kuasa hingga 110W. Ia menampilkan paparan OLED WQXGA+ 2880×1800 pada 120Hz, 1ms dan 100% DCI-P3 yang turut mendapat pengesahan Calman.


Model ini hadir dengan memori LPDDR5X 32GB, storan SSD NVMe Gen4 2TB serta pad sesentuh haptik Gorilla Glass yang menyokong stilus 4,096 tahap tekanan. Harga rasmi ialah RM12,999. Pembeli sebelum 28 November menerima Pengawal Gaming Wayarles Predator dan kredit eWallet Touch ‘n Go sehingga RM200 dengan nilai ganjaran sehingga RM599.
Predator Orion 3000 (PO3-665) ditawarkan dengan CPU Intel Core i7-14700F atau i5-14400F bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 5060. Desktop 28 liter ini menyokong RAM DDR4 sehingga 32GB, storan SSD M.2 sehingga 2TB serta HDD 2TB. Harga bermula RM4,999 dan pembelian sebelum 27 November melayakkan pelanggan menerima set hadiah Predator dan kredit Touch ‘n Go bernilai RM549.



Monitor Predator XB323QU P menawarkan panel 31.5 inci WQHD 2560×1440 dengan kadar penyegaran sehingga 180Hz dan masa tindak balas serendah 0.5ms G-to-G (minimum). Ia turut menyokong HDR10 dan AMD FreeSync™ untuk pengalaman visual yang lebih lancar. Harga rasmi ialah RM1,099 dengan 10 unit pertama dijual pada RM879 beserta tetikus Predator Cestus 330 percuma sehingga 16 November.
Sempena pusingan akhir Liga Predator 2026 di Sunway Pyramid, pelanggan yang membeli peranti terpilih dari 1 hingga 30 November 2025 berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke pusingan akhir Liga Predator APAC 2026 di India dengan menghantar slogan kreatif melalui laman promosi rasmi.



Acer Malaysia turut melancarkan M6E Portable 5G MiFi yang menyokong 5G dan Wi‑Fi 6E serta membolehkan sambungan sehingga 20 peranti serentak sesuai untuk pekerja jarak jauh dan pengembara. Harga rasmi ialah RM 999 dengan promosi diskaun RM 200 untuk 10 unit pertama (14–16 November 2025).
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk baharu yang ditawarkan Acer dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






