More

    Acer Malaysia lancarkan Revo Box Mini-PC, 2 projektor baharu bermula RM1,199

    Sewaktu acara penghargaan media pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan beberapa peranti baharu dalam kategori komputer mini dan projektor sempena musim perayaan dan akhir tahun yang hampir tiba.

    Acer Revo Box Mini-PC ialah sebuah komputer desktop kompak yang dilengkapi pemproses 13th Gen Intel Core i7 atau Intel Core i5. Ia dilengkapi segala port I/O yang penting seperti USB-C, USB-A dan port RJ45 LAN, serta menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0.

    Ia akan dijual pada harga RM2,699 (Intel Core i7) atau RM2,049 (Intel Core i5), dan kini boleh dibeli di laman web Acer eStore, Shopee, Lazada serta pengedar-pengedar sah seluruh negara.

    Acer Revo Box Mini-PC

    Beralih kepada kategori projektor, AOPEN QF18S dilengkapi pembesar suara 5W dan menyokong hubungan Bluetooth. Ia juga mempunyai sumber cahaya LED setinggi 13,000 Lumens dan menyokong teknologi Auto Focus untuk memancarkan visual yang jelas.

    Selain itu, Acer Vero PL2530i merupakan sebuah projektor yang menggunakan tenaga lebih rendah sebanyak 50% berbanding projektor konvensional. Ia dibina atas platform Acer Earthion, di mana casisnya dibina dengan 50% plastik yang dikitar semula, manakala pembungkusannya dihasilkan daripada 85% kertas yang dikitar semula.

    AOPEN QF18S
    Acer Vero PL2530i

    Kedua-dua projektor mempunyai resolusi Full HD dan lampu bebas merkuri yang menawarkan hayat 30,000 jam. AOPEN QF18S akan dijual pada harga RM1,199, manakala Acer Vero PL2530i akan dijual pada harga RM3,999.

    Pra-tempahan telah dibuka dalam laman web Acer dan ia akan dijual bermula bulan Januari 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...