More

    Acer Malaysia lancarkan Stesen Kerja Altos dan Server Altos BrainSphere, bermula RM4,999

    Acer Malaysia turut memperkenalkan peranti stesen kerja dan server iaitu stesen kerja Altos P130 F9 dan Altos BrainSphere R360 F5. Altos P130 F9 adalah sebuah stesen kerja berprestasi tinggi yand digunakan untuk menangani beban kerja yang berat. Ia menyediakan fleksibiliti untuk penyesuaian dan perkembangan sistem mengikut keperluan masa depan.

    Dikuasakan oleh cipset Intel Core generasi ke-13 dengan sokongan memori DDR4 EEC, ia menawarkan kuasa pengkomputeran yang boleh mengatasi aliran kerja yang mencabar dengan efisien. Platform Intel vPro menggabungkan kemampuan gred perusahaan dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan, keupayaan pengurusan dari jauh dan kestabilan.

    Altos P130 F9 ini menyokong pelbagai kad graphic NVIDIA terkini seperti NVIDIA Quadro RTX untuk kebolehan ray tracing masa nyata dan kecerdasan buatan. Selain itu, Altos P130 F9 ini dilengkapi dengan beberapa slot pengembangan PCIe Gen4 dan slot PCIe Gen4 M.2 NVMe SSD. Ia tersedia dalam 2 pilihan saiz dengan reka bentuk casis yang unik.

    Altos BrainSphere R360 F5 merupakan server yang berprestasi tinggi dan serbaguna. Dengan reka bentuk sistem 1U yang kompak, Altos BrainSphere R360 F5 adalah sebuah server dua soket yang menyokong dwi cip pemproses untuk memenuhi keperluan pusat data moden.

    Server ini menawarkan prestasi yang mantap menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi seperti analitik data besar atau untuk tujuan virtualisasi dalam infrastruktur awan. Dikuasakan oleh cipset Intel Xeon generasi ke-3, ia mempunyai 40 teras dan 8 saluran memori di setiap soket.

    Ia hadir dengan reka bentuk terma (TDP) sehingga 270W dan 8 saluran memori yang boleh menampung sehingga 32 DIMM, 3 peranti PCIe dan sehingga 12 pemacu penyimpanan 2.5”. API Altos BrainSphere AI Development Platform API menggabungkan sistem, GPU dan pengurusan AI Deep Learning untuk membina dan pengembangan AI dengan cepat.

    Server GPU Altos ini boleh dilengkapi dengan satu atau lebih GPU khusus yang dirancang khas untuk mengatasi pengiraan matematik dan grafik yang rumit. Acer Malaysia menawarkan jaminan tambahan selama 1 tahun memberikan jumlah perkhidmatan on-site dan jaminan selama 4 tahun bagi pelanggan yang membeli peranti-peranti Altos dari sekarang hingga 30 September 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...