More

    Acer Malaysia umum 3 monitor “gaming” baharu – Dari OLED 500Hz hingga bajet Nitro bermula RM479

    Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran tiga monitor gaming baharu menerusi siri Predator dan Nitro iaitu Predator X27U F5, Predator X34 X5 serta Nitro KG3. Ketiga-tiga model menyasarkan segmen pengguna berbeza, daripada pemain kompetitif berprestasi tinggi hingga pengguna kasual yang mahukan paparan lancar pada harga lebih mampu milik.

    Predator X27U F5 hadir sebagai model paling berprestasi tinggi dengan panel OLED bersaiz 26.5 inci beresolusi WQHD, kadar penyegaran sehingga 500Hz dan masa tindak balas ultra pantas 0.03ms. Ia turut menyokong liputan warna 99% DCI-P3 dengan ketepatan warna Delta E <2, teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan pensijilan VESA DisplayHDR True Black 500. Ia menyediakan sambungan HDMI 2.1, DisplayPort 1.4 serta USB-C dengan penghantaran kuasa 65W, selain dilengkapi Predator ErgoStand dan BlueLightShield Pro.

    Predator X34 X5 pula menawarkan skrin OLED melengkung ultra lebar 34 inci dengan resolusi UWQHD (1800R). Ia menyokong kadar penyegaran 240Hz dan masa tindak balas 0.03ms bersama sokongan AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible. Monitor turut menampilkan liputan warna 99% DCI-P3 dengan Delta E <1 dan dilengkapi pilihan sambungan termasuk HDMI 2.1, DisplayPort serta USB-C dengan penghantaran kuasa sehingga 90W.

    Terakhir, siri Nitro KG3 tiba dengan dua varian iaitu KG243YU P1 (23.8 inci) dan KG273U P1 (27 inci). Kedua-duanya menggunakan panel IPS WQHD dengan kadar penyegaran 144Hz dan masa tindak balas VRB 1ms. Ia juga menyokong HDR10, nisbah kontras tinggi dan teknologi Acer VisionCare selain menawarkan pembesar suara terbina dalam, sokongan VESA dan pilihan sambungan HDMI 2.0 serta DisplayPort 1.4.

    Untuk waranti, model Predator hadir dengan perlindungan selama tiga tahun termasuk OLED terbakar dan siri Nitro KG3 juga menawarkan perlindungan dalam tempoh yang sama. Sempena pelancaran, Acer menawarkan diskaun terhad sehingga 14 April dengan Predator X27U F5 dijual pada RM2,599 (harga asal RM2,899), Predator X34 X5 pada RM3,099 (harga asal RM3,499), Nitro KG243YU P1 pada RM479 dan Nitro KG273U P1 pada RM549 melalui tempahan.

    Kesemua model kini boleh didapati melalui peruncit sah dan Acer eStore dengan KG273U P1 dibuka untuk tempahan sehingga 20 April. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...