More

    Acer Malaysia umumkan desktop Predator Orion X, 3 monitor dan pengawal permainan bermula RM199

    Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan desktop yang lebih kecil dengan Predator Orion X, tiga monitor dan dua pengawal permainan. Bermula dengan Predator Orion X, badannya mempunyai ukuran 15.4l yang menempatkan pemproses Intel Core i7-14700F atau Core i5-14400F.

    Ia dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce RTX 4080 Super, RAM 16GB dan SSD PCIe4 512GB yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB. Tersedia dalam dua konfigurasi CPU, harga masing-masing ialah RM10,999 untuk Core i5 dan RM12,999 untuk Core i7.

    Beralih kepada monitor, kita bercakap dahulu mengenai Predator XB323QU M3 dan XB273U V3. Ini adalah monitor 32 inci dan 27 inci yang mempunyai resolusi 2,560 x 1,440. Spesifikasi lain termasuk masa tindak balas GtG 0.5ms, sokongan AMD FreeSync Premium dan liputan gamut warna 95% DCI-P3. Predator XB323QU M3 akan berharga RM1,299 dan XB273U V3 akan berharga RM899.

    Predator X49 V pula ialah monitor melengkung 1800R dengan resolusi 5,120 x 1,440 piksel. Nisbah bidangnya ialah 32:9 dan menyokong mod Picture-by-Picture daripada dua sumber berbeza. Spesifikasi lain termasuk kadar penyegaran 144Hz, masa tindak balas GtG 0,03ms, liputan DCI-P3 99% dan AMD FreeSync Premium.

    Monitor ini akan dijual pada harga RM4,699 dan tersedia untuk tempahan sehingga 22 September ini. Yang terakhir adalah dua pengawal permainan iaitu Predator PGR300 dan Nitro NGR300. Terdapat hanya satu perbezaan antara kedua-dua pengawal iaitu dongle wayarles untuk Predator PGR300 sahaja.

    Kedua-dua pengawal menyokong sambungan Bluetooth dan berwayar, joystick kesan Hall dan pencetus analog. Tanda harga bagi Predator PGR300 ialah RM399 manakala Nitro NGR30 berharga RM199.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu produk yang dilancarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...