More

    Acer mengumumkan Predator Triton dan Nitro 5 baru, dikuasai CPU 10th Gen Intel Core terkini

    Komputer riba gaming generasi baru telah mula dilancarkan, termasuklah Acer yang melancarkan komputer riba Nitro 5 dengan CPU AMD Ryzen 3750H pada bulan lepas. Hari ini, Acer mengumumkan satu lagi versi Nitro 5, turut serta adalah Predator Triton 500 baru. Kedua-duanya bakal hadir dengan CPU 10th Gen Intel Core terkini dan GPU Nvidia GeForce.

    Produk yang menonjol pada kali ini adalah Predator Triton 500 yang direka untuk menyampaikan prestasi mantap sebagai sebuah komputer riba mudah alih. Ia dijangka hadir dengan CPU 10th Gen Intel Core i7/i5 H-series dan GPU berkuasa dalam bentuk varian Max-Q sama ada Nvidia GeForce RTX 2080 SUPER atau 2070 SUPER. Sebagai tambahan, ia bakal mempunyai RAM DDR4 sehingga 32GB dan storan NVMe SSD sehingga 2TB.

    Berkenaan ciri teknologi, ia hadir dengan panel IPS bersama 300Hz yang hebat, kadar respons 3ms (mod overdrive), warna gamut sRGB 100% dan sokongan Nvidia G-Sync. Komputer riba ini juga menggunakan sistem penyejukan baru yang dikenali sebagai Vortex Flow dimana tiga kipas tersendiri direka untuk beroperasi bersama bagi meningkatkan aliran udara sekaligus mengurangkan bunyi bising.

    Untuk Nitro 5, ia lebih kurang sama dengan model yang dilancarkan beberapa minggu lepas. Tentunya, terdapat beberapa perbezaan. Pertama, ia dikuasai CPU 10th Gen Intel Core i7 berbanding cip AMD. Ia juga mempunyai lebih pilihan GPU dengan Nvidia GeForce RTX 2060, GTX 1650Ti dan GTX 1650. Anda juga boleh mendapatkan varian paparan dengan kadar segar semula 144Hz berbanding 120Hz.

    Acer masih belum mengesahkan kehadiran dua model ini di Malaysia. Walau bagaimanapun, kami mempunyai maklumat harga rasmi Predator Triton 500 di luar negara yang bermula dengan USD 2199.99 (~RM9,597), manakala varian baru untuk Nitro 5 bermula dengan harga USD 749.99 (~RM3,272).

    Apakah pandangan anda mengenai komputer riba baru ini dan manakah yang mejadi pilihan nada? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured