More

    Acer Nitro 16S AI dan Nitro V 16S AI dilancar: Komputer “gaming” mampu milik dengan RTX 50 Series

    Dalam acara Computex 2025 yang akan berlangsung di Taiwan dalam masa terdekat, Acer memperkenalkan beberapa komputer riba gaming baharu dalam siri Nitro iaitu Acer Nitro 16S AI dan Acer Nitro V 16S AI. Dua komputer ini menampilkan spesifikasi yang menarik, namun masih dijual pada harga yang mampu milik berbanding komputer gaming lain.

    Nitro 16S AI (AN16S-61) dilengkapi skrin WQXGA berukuran 16 inci dengan kadar segar semula 180Hz, kecerahan puncak 400 nits dan teknologi NVIDIA G-SYNC untuk mengurangkan efek skrin koyak (screen tearing), sangkut-sangkut (stuttering) dan input lag, serta meningkatkan kadar bingkai (frame rate).

    Ia boleh dilengkapkan dengan pemproses sehingga AMD Ryzen™ AI 9 365 serta GPU sehingga cNVIDIA® GeForce RTX™ 5070 Ti Laptop GPU.

    Acer Nitro 16S AI (AN16S-61)

    Sementara itu, Nitro V 16S (ANV16S-61) turut mempunyai skrin 16 inci dengan resolusi WQXGA, kadar segar semula 180Hz, kecerahan puncak 400 nits dan masa tindak balas 3ms. Ia tidak dilengkapi teknologi NVIDIA G-SYNC.

    Ia dilengkapi pemproses AMD Ryzen™ AI 9 365 dan boleh dilengkapkan dengan GPU sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 Laptop GPU.

    Nitro V 16S (ANV16S-61)

    Kedua-dua komputer mempunyai sistem penyejukan yang terdiri daripada dua kipas serta empat lohong pengudaraan. Ia turut mempunyai gris cecair besi (liquid metal thermal grease) pada pemproses dan paip haba vektor untuk pemindahan haba yang optimum.

    Rekaan kedua-dua komputer ini juga nipis untuk sebuah komputer riba gaming, iaitu setakat 19.9mm sahaja apabila dilipat. Ia turut menyokong Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3 untuk hubungan internet dan wayarles yang kukuh.

    Ia turut dilengkapi USB4, kamera webcam FHD IR, perisian NitroSense untuk mengawal prestasi komputer dan Experience Zone untuk menggunakan pelbagai aplikasi kecerdasan buatan (AI).

    "
    "

    Buat masa ini, kedua-dua komputer masih mempunyai maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured