More

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses AMD Ryzen 8000 Series. Satu lagi ciri baharu adalah fungsi kecerdasan buatan Ryzen AI dan NVIDIA DLSS 3.5 untuk meningkatkan prestasi AI dan memanjangkan hayat bateri.

    Ia mempunyai skrin WUXGA 16 inci dengan kadar segar semula 165Hz, nisbah aspek 16:10 dan masa tindak balas 3 milisaat. Spesifikasi dalamannya dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 8845HS, unit grafik NVIDIA GeForce RTX 4050, SSD 512GB dan RAM DDR5 16GB.

    Beberapa fungsi AI yang ditawarkan termasuklah Acer PurifiedView dan PurifiedVoice 2.0 dengan tiga mikrofon untuk meningkatkan kualiti panggilan video. Pembesar suaranya pula mempunyai pengiktirafan DTS:X Ultra Audio untuk kualiti audio yang baik.

    Sistem penyejukannya terdiri daripada dwi-kipas, empat lohong pengudaraan (quad-intake) dan empat ekzos (quad-exhaust) bagi membenarkan prestasi tinggi oleh CPU dan GPU. Suhu dalaman komputer boleh disemak dengan aplikasi NitroSense yang boleh diakses dengan menekan kekunci NitroSense khas.

    Acer Nitro V 16 akan dijual pada harga bermula RM4,899 di Acer eStore, Shopee, Lazada serta pengedar Acer khas. Pelanggan yang membelinya sebelum 16 Mei 2024 akan menerima hadiah bernilai RM438.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured