More

    Acer perkenalkan eKinekt, meja basikal 2-dalam-1 jana tenaga kinetik melalui kayuhan

    Baru-baru ini, Acer telah memperkenalkan meja basikal yang dinamakan sebagai Acer eKinekt BD 3 pada acara Consumer Electronics Show 2023 (CES 2023). Acer mengambil langkah untuk membantu manusia dalam mengekalkan tahap kecergasan dengan produk ini.

    Ia menggabungkan mesin pengayuh basikal statik dengan meja untuk meletakkan komputer riba anda. Pengguna boleh bersenam sambil bekerja kerana terdapat pedal basikal pada bahagian tempat kaki. Dalam pada masa yang sama juga, eKinekt BD 3 boleh menjana tenaga kinetik melalui kayuhan pengguna.

    Dengan tenaga kinetik yang terkumpul, anda boleh mengecas peranti seperti komputer riba atau telefon pintar hanya dengan mengayuh. Pengecasan adalah melalui sambungan USB-A dan USB-C. Selain itu, terdapat juga mod kayuhan secara relaks sambil bekerja atau mod sukan di mana anda boleh melaraskan kedudukan tempat duduk untuk mengoptimumkan kayuhan.

    Acer melengkapkan produk ini dengan aplikasi khusus bagi pengguna mengesan berapa lama mereka mengayuh, kalori terbakar, tenaga yang digunakan dan tenaga kinetik yang dihasilkan. Namun, Acer belum memberikan kenyataan rasmi tentang ketersediannya bagi pasaran Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured