More

    Acer Predator ajak rakyat untuk naikkan dana kebajikan dengan menonton ‘live stream’ PUBG

    Acer Malaysia hari ini mengumumkan Predator Charity Challenge, sebuah acara kebajikan di mana wang tunai sehingga RM15,000 akan didermakan kepada Pit Stop Community Cafe iaitu sebuah perusahaan sosial yang membantu golongan susah di Kuala Lumpur.

    Acara itu akan berlangsung pada 24-26 April di mana Acer Malaysia mempelawa rakyat untuk menonton penyiar langsung (live streamer) terkenal seperti Master Ramen, Chiko dan Daddyhood yang akan menyiarkan mereka bermain game PlayerUnknown’s Battlegrounds.

    Acer akan mendermakan RM20 bagi setiap pembunuhan dalam game tersebut dan RM500 untuk setiap “Chicken Dinner” yang diterima apabila mereka menang. Para penonton pula boleh membantu hanya dengan menonton siarang langsung penyiar-penyiar ini. Bagi setiap penonton yang menyertai siaran itu, Acer akan mendermakan RM1 sehingga ia mencapai RM2,000 setiap hari.

    Pit Stop Community Cafe membantu golongan susah di bandar dengan memberikan makanan dan perkhidmatan kebajikan. Mereka juga menyelamatkan makanan lebihan yang mungkin akan dibazirkan jika ia dibiarkan. Selain itu, Acer Malaysia juga menganjurkan jualan khas di laman webnya dan Lazada sempena acara ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton siaran langsung khas Acer Malaysia ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured