More

    Acer Predator Helios 18 AI, Helios Neo 16 AI dan Aspire 7 dilancar di Malaysia, bermula RM3,299

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan tiga komputer riba yang direka khas untuk gaming iaitu Acer Predator Helios 18 AI, Acer Predator Helios Neo 16 AI dan Acer Aspire 7. Semua komputer riba ini dilengkapi pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX dan Intel Core untuk menjana prestasi gaming yang tinggi untuk kategori bajet masing-masing.

    Predator Helios 18 AI (PH18-73)

    Produk ini merupakan komputer riba gaming premium yang dilengkapi skrin IPS Mini LED 2K WQXGA berukuran 18 inci dengan kadar segar semula 250Hz, ketepatan warna DCI-P3 100% dan mod HDR 1,000 nits untuk hasilkan visual yang cantik dalam semua game dan perisian kreatif.

    Komponen dalamannya terdiri daripada GPU NVIDIA GeForce RTX 5080, RAM DDR5 sehingga 96GB dan storan SSD sehingga 4TB. Kapasiti RAM boleh dibesarkan sehingga 192GB dengan 4 slot memori, manakala storan NVMe SSD boleh dibesarkan sehingga 6TB dengan tiga slot khusus.

    Papan kekuncinya menggunakan suis mekanikal MagKey 4.0 untuk tindak balas yang responsif dan untuk penyejukan pula, ia menggunakan kipas AeroBlade 3D generasi ke-6 yang meningkatkan aliran udara sebanyak 10% berbanding generasi sebelumnya.

    Ia menyokong hubungan Wi-Fi 7 untuk internet yang lancar dan kukuh, serta menyokong pemindahan data yang pantas melalui Thunderbolt 5. Untuk hiasan, ia mempunyai pencahayaan RGB MilkyWay di bahagian belakangnya, serta pada papan kekunci.

    Predator Helios 18 AI dengan NVIDIA GeForce RTX 5080 boleh mula dipra-tempah pada harga RM19,999 di kedai konsep Acer di seluruh negara, sebelum 15 Mei 2025.

    Setiap pra-tempahan akan menerima Beg Galas Predator Rolltop eksklusif bernilai RM599, tawaran belian-dengan-belian (PWP) untuk skrin Predator XB273 (bernilai RM899) pada harga RM35 sahaja sempena ulang tahun ke-35 Acer Malaysia, serta kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM150.

    Predator Helios Neo 16S AI (PHN16S-71)

    Berlainan dengan Helios 18 AI, komputer ini mempunyai reka bentuk yang lebih nipis, dengan ketebalan 12mm sahaja di titiknya yang ternipis. Skrinnya menggunakan panel IPS OLED WQXGA berukuran 16 inci dengan gamut warna DCI-P3 100% dan kadar segar semula 240Hz.

    "
    "

    Komponen dalamannya terdiri daripada Intel Core Ultra 9 275HS, GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti, RAM DDR5 32GB dan storan PCIe Gen 4 NVMe SSD 1TB. Ia turut mempunyai kipas AeroBlade Generasi ke-5 dan gris haba cecair logam di atas CPU untuk pelesapan haba yang cekap.

    Predator Helios Neo 16S AI akan dijual pada harga RM11,999. Pra-tempahan untuk komputer ini akan dibuka daripada 15 Mei hingga 31 Mei 2025 dan ia boleh dibuat di mana-mana kedai konsep Acer di seluruh negara.

    Setiap pra-tempahan akan menerima Beg Galas Predator Rolltop eksklusif bernilai RM599, tawaran belian-dengan-belian (PWP) untuk skrin Predator XB273 (bernilai RM899) pada harga RM35 sahaja sempena ulang tahun ke-35 Acer Malaysia, serta kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM150.

    Acer Aspire 7

    Komputer riba ini mempunyai reka bentuk yang lebih konvensional berbanding Predator Helios. Ia dilengkapi cip pemproses Intel Core 15-12450H, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 dengan GDDR6 6GB untuk prestasi yang lancar.

    Ia turut mempunyai RAM DDR4 16GB dan storan NVMe SSD PCIe Gen4 512GB, dengan slot tambahan yang boleh membesarkan RAM sehingga 64GB dan membesarkan storan. Skrinnya menggunakan panel IPS berukuran 15.6 inci dengan resolusi Full HD.

    Komputer ini dijual pada harga RM3,299. Ia boleh dibeli bermula 9 Mei 2025 di penjual rasmi di seluruh negara, eKedai Acer, Shopee dan Lazada.

    Setiap pra-tempahan akan menerima Pembesar Suara Bluetooth Acer bernilai RM179 dan kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM80 di laman web ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...