More

    Acer Predator Orion 7000 dilancar di Malaysia: “Gaming desktop” Intel Ultra 9, RTX 5080 berharga RM15,999

    Acer Malaysia baru-baru ini melancarkan komputer gaming desktop premium, Acer Predator Orion 7000, yang mempunyai prestasi tinggi untuk para gamer yang kompetitif. Ia dilengkapi cip pemproses Intel Core Ultra 9 285K dan GPU NVIDIA GeForce RTX5080 dengan teknologi NVIDIA DLSS 4 bagi menjana prestasi yang pantas untuk semua game.

    Untuk memori, ia didatangkan dengan RAM 64GB dan storan SSD 2TB. Ia boleh dibesarkan lagi melalui slot memori tambahan.

    Ia dilengkapi sistem aliran udara Predator CyclineX 360 bagi mengalihkan haba dengan cekap dari komponen dalaman komputer ini, serta mencipa suasana pencahayaan yang sesuai dengan lampu ARGB dinamik.

    Bagi memastikan sambungan internet yang kukuh dan stabil pula, ia dilengkapi Wi-Fi 7 yang menyediakan pengalaman gaming dan strim yang lancar. Ia turut menawarkan palam I/O lengkap seperti USB-A dan USB-C Thunderbolt 4 di depan dan belakang komputer.

    Acer Predator Orion 7000 boleh dipra-tempah melalui eKedai Acer, Shopee dan Lazada pada harga RM15,999. Setiap pra-tempahan yang dibuat sebelum 15 Mei 2025 akan menerima kerusi gaming Predator (bernilai RM1,200) dan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM150, melalui laman web Acer.

    Acer OLED Predator X32 X3

    Jika anda sedang mencari monitor gaming berprestasi tinggi, Acer Malaysia turut melancarkan Acer OLED Predator X32 X3 yang mempunyai panel OLED Ultra HD (3840 x 2160) berukuran 31.5 inci. Ia mempunyai gamut warna DCI-P3 99% dan piawaian VESA DisplayHDR True Black 400 dengan ketepatan Delta E<1 bagi menghasilkan warna yang tepat dan cantik.

    Ia boleh menyediakan kadar segar semula sehingga 240Hz pada resolusi 4K, atau sehingga 480Hz pada resolusi 1080p, melalui teknologi Dynamic Frequency & Resolution (DFR). Ia turut menyokong fungsi AMD FreeSync Premium Pro atau NVIDIA G-SYNC untuk mengurangkan koyakan skrin (screen tear) pada grafik anda.

    Panel ini mempunyai pengiktirafan Eyesafe 2.0 yang menapis cahaya biru bagi memberikan pengalaman tontonan yang selesa pada mata anda.

    "
    "

    Ia boleh dihubungkan melalui palam HDMI 2.1, DisplayPort 1.4 atau USB-C. Ia turut mempunyai hab USB 3.2 untuk kemudahan tambahan serta pembesar suara dalaman 5W bagi menyingkirkan keperluan untuk kelengkapan audio.

    Acer OLED Predator X32 X3 akan dijual pada harga RM4,999. Ia disokong oleh polisi Zero Bright Dot Acer dan jaminan selama tiga tahun. Jika anda membuat pra-tempahan sebelum 15 Mei 2025, anda akan menerima potongan harga sebanyak RM500 dan turut menerima fon kepala Predator Galea 315 (bernilai RM199).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti gaming premium ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured