More

    Acer Predator Triton 16 dilancar: Intel Core 13th Gen, RTX 4070, RAM 32GB berharga ~RM8,290

    Sempena pameran komputer antarabangsa Computex 2023 yang akan berlangsung di Taiwan pada minggu ini, Acer telah melancarkan komputer riba gaming premium yang terbaru iaitu Acer Predator Triton 16 (PT16-51).

    Untuk varian tercanggih, komputer riba gaming ini dilengkapi pemproses Intel Core i9 generasi ke-13 yang membawa clock speed max turbo sehingga 5.4GHz, unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan sokongan NVIDIA DLSS 3 dan teknologi Max-Q, RAM DDR5 5200MHz 32GB serta SSD PCIe M.2 2TB dalam susunan RAID 0.

    Walaupun dengan spesifikasi canggih, ia masih mempunyai ketebalan yang agak nipis iaitu 19.9mm sahaja. Rekaannya terdiri daripada badan besi yang mempunyai sudahan perak manakala papan kekuncinya mempunyai pencahayaan RGB.

    Skrinnya berukuran 16 inci dengan panel IPS, resolusi WQXGA (2560×1600), nisbah aspek 16:10, kecerahan puncak 500 nits, kadar segar semula 240Hz dan sempadan bezel yang nipis. Ia boleh memaparkan gamut warna DCI-P3 seluas 100% serta menyokong NVIDIA Advanced Optimus dan NVIDIA G-SYNC untuk pengalaman gaming yang lancar.

    Teknologi penyejukannya terdiri daripada sistem dwi-kipas besi 5th Gen AeroBlade 3D, teknologi paip haba dan lohong udara Acer Vortex Flow serta gris besi cecair (liquid metal grease) pada CPU untuk meningkatkan pelesapan haba.

    Port komputer ini terdiri daripada dua USB 3.2 Gen 2, satu HDMI 2.1, satu USB-C dengan Thunderbolt 4 dan pengimbas kad Micro SD. Ia juga menyokong hubungan WI-Fi 6E dan dilengkapi sistem operasi Windows 11.

    Acer Predator Triton 16 (PT16-51) akan dijual di Amerika Syarikat pada harga bermula USD1799.99 (~RM8,290) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured