More

    Acer Predator Triton 17 X dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” Intel Core i9, RTX 4090 bermula RM18,999

    Acer Malaysia hari ini melancarkan komputer riba gaming Acer Predator Triton 17 X yang dilengkapi segala spesifikasi tercanggih pada waktu ini untuk sebuah komputer riba gaming. Ia direka khas untuk gamers yang inginkan komputer dengan prestasi terpantas namun masih dipakejkan dalam sebuah reka bentuk yang mudah alih.

    Komputer riba ini dilengkapi cipset 13th Gen Intel Core i9 dan unit pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan teknologi Max-Q untuk menjana prestasi sepantas mungkin dalam game AAA dan perisian yang memerlukan kuasa tinggi.

    Ia dipadankan dengan RAM DDR5 (5,600MHz) 64GB dan storan SSD 4TB dalam susunan RAID 0 untuk akses data pantas dan pelaksanaan multi-tugas yang lancar.

    Selain itu, sistem penyejukannya terdiri daripada dua buah kipas 5th Gen AeroBlade 3D untuk peningkatan aliran udara sebanyak 10% berbanding generasi sebelumnya, paip haba khas untuk cipset dan gris haba cecair besi (liquid metal thermal grease) pada CPU untuk pelesapan haba yang cekap.

    Skrinnya pula berukuran 17 inci dengan resolusi WQXGA, panel mini-LED (AmLED), kadar segar semula 250Hz dan kecerahan sehingga 1,000 nits yang mematuhi pengiktirafan DisplayHDR. Ia turut mempunyai gamut warna DCI-P3 100% untuk penghasilan warna yang tepat dan pengiktirafan Eyesafe Certified untuk pancaran cahaya biru yang tidak memenatkan mata pengguna.

    Papan kekuncinya mempunyai cahaya RGB dalam setiap kekunci, di samping pad penjejak kaca dan pengimbas cap jari. Hubungan internetnya boleh dilakukan melalui Intel Killer E3100G+ ethernet dan Intel Killer Wi-Fi 6E AX1690i.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Acer Predator Triton 17 X:

    • Skrin 17 inci, resolusi 2560×1600, kadar 250Hz
    • Cipset Intel Core i9-13900HX
    • NVIDIA® GeForce RTXâ„¢ 4090 dengan VRAM GDDR6 16GB
    • RAM DDR5 64GB
    • SSD NVMe PCIe Gen4 RAID 0 4TB
    • Wi-Fi 6E 1690i Wireless LAN
    • I/O: satu HDMI 2.1, dua USB 3.2 Gen 2, satu pembaca kad SD, dua USB-C 3.2 Gen 2, bicu audio 3.5mm
    • Kamera webcam FHD 1080p
    • Ukuran 380.35x280x19.9mm | Berat 3kg
    • Hayat bateri empat jam

    Acer Predator Triton 17 X akan dijual pada harga RM18,999 di Acer eStore dan kedai Acer Concept IOI City Mall. Pelanggan yang membelinya sebelum 31 Ogos 2023 akan menerima baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM250 dan kod tebusan untuk game Overwatch 2.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured