More

    Acer Predator Triton 500 SE dan Helios 500 dilancar : Intel Core i9, RTX 3080, harga bermula ~RM7250

    Dalam acara pelancaran semalam, selain Acer Swift X, Acer turut melancarkan beberapa komputer riba gaming mereka termasuklah Acer Predator Triton 500 SE dan Predator Helios 500.

    Untuk Predator Triton 500 SE, ia dikuasai oleh CPU sehingga Intel 11th Gen Core i9 dan GPU Nvidia GeForce RTX 3080. Ia juga hadir dengan pilihan RAM sehingga 64GB DDR4 (3200MHz). Untuk skrin pula, ia ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu skrin 16 inci LCD dengan kadar segar semula 165Hz, skrin mini LED dengan kadar segar semula 165Hz dan skrin IPS sehingga kadar segar semula 240Hz.

    Kemudian, untuk Predator Helios 500, ia juga menggunakan CPU sehingga Intel 11th Gen Core i9, GPU Nvidia GeForce RTX 3080 dan RAM setinggi 64GB DDR4 (3200Mhz). Yang berbeza daripada Trition 500 SE adalah ia hadir dengan skrin 17.3 inci yang lebih besar. Ia ditawarkan dengan dua pilihan skrin antara skrin 4K mini LED dengan kadar segar semula 120Hz, atau skrin FHD dengan kadar segar semula 360Hz.

    Kedua-dua peranti ini sememangnya adalah komputer riba gaming yang premium. Predator Trition 500 SE dan Helios 500 dijual pada tanda harga $1,750 (~RM7,250) dan $2,500 (~RM10,358).

    Buat masa ini, Acer masih belum mengesahkan lagi kehadirannya ke pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan komputer riba ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...