More

    Acer Predator Triton Neo 16 dilancar di Malaysia: RTX 4070, skrin 3.2K, Intel Core Ultra 9 berharga RM9,999

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba gaming Predator Triton Neo 16 yang dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini untuk menghasilkan pengalaman gaming yang pantas dan menyeronokkan.

    Komputer riba ini dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Laptop GPU dengan kuasa maksimum 255W bagi menghasilkan prestasi gaming yang lancar sambil menjana kualiti grafik yang cantik. Meskipun dengan spesifikasi canggih, komputer ini mempunyai berat 2.05kg sahaja dan ketebalan 18.82mm, membuatkannya komputer riba gaming yang mudah dibawa ke mana-mana.

    Skrinnya pula berukuran 16 inci dengan resolusi 3.2K, kadar segar semula 165Hz, nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. Ia dilengkapi NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC untuk penghasilan imej yang tidak koyak (tear-free visuals) dalam semua game anda.

    Ia menawarkan NVIDIA DLSS 3.5, NVIDIA Studio dan Intel Application Optimization bagi menghasilkan kawalan perisian dan pengalaman gaming yang lancar, manakala untuk rakaman audio pula, ia mempunyai Acer Purified Voice 2.0 dengan pembatalan hingar AI supaya suara anda boleh dirakam dengan jelas.

    Sistem penyejukannya terdiri daripada Predator Cooling System yang terdiri daripada dwi-kipas 5th Gen AeroBlade 3D, gris haba cecair besi (liquid metal thermal grease) dan paip haba vector bagi mengekalkan haba pada tahap yang selamat.

    Papan kekuncinya mempunyai cahaya RGB tiga zon dan boleh diubah dalam perisian PredatorSense 5.0. Komputer ini turut mempunyai pelbagai port I/O seperti HDMI, USB-C Thunderbolt 4 dan pengimbas kad microSD.

    Acer Predator Triton Neo 16 akan dijual pada harga RM9,999 dan ia boleh dibeli dari Acer eStore, Shopee, Lazada serta pengedar-pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan yang membelinya dalam tempoh 16 hingga 25 Jun 2024 akan menerima Acer Melbourne Luggage 20″ secara percuma.

    Di samping itu, pelanggan yang membeli produk-produk Acer terpilih termasuklah Predator Triton Neo 16 sebelum 21 Jun 2024 boleh menyertai cabutan bertuah di mana pemenang boleh dapatkan dua tiket ke VCT Pacific Season Finals (bernilai RM10,000) di Korea Selatan.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...