More

    Acer Predator X27U X2, Nitro 50 dan Nitro TKL dilancar di Malaysia, harga bermula RM149

    Acer Malaysia mengumumkan tiga produk baharu sempena Acer Day 2025 iaitu paparan gaming Predator X27U X2, komputer desktop Nitro 50 dan papan kekunci Nitro TKL NKW129. Ketiga-tiganya direka untuk meningkatkan pengalaman permainan dan tersedia bermula hari ini di pasaran tempatan.

    Predator X27U X2

    Paparan gaming 27 inci ini menggunakan panel OLED Quantum Dot WQHD (2560×1440) dengan 99% gamut warna DCI-P3 dan nisbah kontras 1,500,000:1 yang memberikan warna tepat (Delta E ≤2) serta hitam yang mendalam. Untuk prestasi, ia menyokong kadar segar semula 240Hz, masa tindak balas 0.03ms (G to G) dan AMD FreeSync Premium Pro bagi mengurangkan koyakan skrin.

    Reka bentuknya dilengkapi ErgoStand yang boleh dilaras, teknologi Acer VisionCare™ dengan BlueLightShield Pro untuk keselesaan mata, dan sistem perlindungan burn-in OLED. Sambungan disokong melalui HDMI 2.1 dan DisplayPort, sesuai untuk PS5, Xbox Series X dan PC. Harga yang ditawarkan RM1,999 dan tersedia melalui eKedai Acer, Shopee, Lazada serta pengedar rasmi.

    Acer Nitro 50

    Dikuasakan GPU RTX 5060 dengan DLSS 4 dan sokongan NVIDIA Studio, ia sesuai untuk gaming dan pencipta kandungan. Cip Intel Core Ultra turut menampilkan NPU terbina dalam untuk tugasan AI seperti penghapusan latar belakang dan penstabilan bingkai.

    Rekaannya menggunakan bingkai berlubang untuk pengudaraan lebih baik, disokong Wi-Fi 7 dan aplikasi NitroSense bagi pemantauan prestasi serta kawalan kipas secara masa nyata. Komputer desktop 18 liter ini hadir dalam dua varian:

    • Intel Core Ultra 5 225F + NVIDIA GeForce RTX 5060 – RM4,399
    • Intel Core Ultra 7 265F + NVIDIA GeForce RTX 5060 – RM5,299

    Papan Kekunci Nitro TKL NKW129

    Reka bentuk Tenkeyless 80% memberi lebih ruang untuk pergerakan tetikus manakala anti-ghosting 19 kekunci memastikan semua arahan diterima tepat walaupun ditekan serentak. Ia turut dilengkapi lampu belakang LED 3 zon yang menambah gaya pada setup gaming. Harga yang ditawarkan ialah RM149 dan tersedia melalui eKedai Acer, Shopee, Lazada serta pengedar rasmi.

    Sempena Acer Day 2025, pembelian Nitro 50 antara 23 Julai hingga 6 Ogos 2025 akan menerima secara percuma pengawal permainan tanpa wayar Nitro bernilai RM199 serta kredit Touch ’n Go eWallet sebanyak RM150. Pembeli papan kekunci Nitro TKL NKW120 pula akan menerima tetikus Acer Nitro bernilai RM129 secara percuma.

    Pelanggan yang membeli Nitro 50 atau Predator X27U X2 sebelum 30 September 2025 berpeluang memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama berupa tiket ke Jepun untuk menyaksikan pusingan akhir VCT Pacific Stage 2.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...