More

    Acer Swift 14 AI rasmi di Malaysia dengan siri Intel Core Ultra generasi ke-2, harga bermula RM,4399

    Acer hari ini telah melancarkan secara rasmi komputer riba Swift 14 AI yang direka untuk prestasi, mobiliti dan kecerdasan buatan. Swift 14 AI baharu dilengkapi dengan badan aluminium nipis dengan ketebalan hanya 9.7mm dan berat hanya 1.3kg.

    Ia menampilkan skrin OLED WUXGA 14 inci terbina dalam dengan gamut warna 100% DCI-P3 dan menarkan hayat bateri sehingga 17 jam. Swift 14 AI tersedia dalam dua varian iaitu dengan pemproses Intel Core Ultra 7 dan Ultra 5 generasi kedua. Kedua-dua pilihan digandingkan bersama dengan grafik Intel ARC dan sokongan Wi-Fi 7.

    Swift 14 AI dengan pemproses Ultra 7 dan RAM 32GB berharga RM4,999 manakala pemproses Ultra 5 dan RAM 16GB berharga RM4,399. Model ini dilengkapi dengan siri fungsi AI seperti pembetulan mata, pengurangan hingar latar belakang, kunci skrin automatik serta buka kunci pantas dan keselamatan.

    Ciri menarik lain termasuk, Acer QuickPanel terbina dalam yang boleh melaraskan tetapan kamera dan mikrofon berbantukan AI serta sarikata masa nyata Copilot+ menyokong terjemahan dalam 40 bahasa. Di samping itu, butang AcerSense memudahkan untuk menyemak status bateri dan mod prestasi manakala Acer User Sensing 2.0 membolehkan kunci skrin automatik dan penjejakan mata.

    Swift 14 AI baharu menyediakan lesen tetap Microsoft Home dan Student Edition serta langganan Office 365 selama setahun yang boleh dibeli daripada Acer eStore, Shopee, kedai rasmi di Lazada dan penjual sah mulai sekarang.

    Untuk dua minggu awal dari 29 Oktober 2024 sehingga 12 November 2024, setiap pembelian Acer Swift 14 AI datang dengan sepasang fon kepala tanpa wayar Sony WF-510 yang bernilai RM 299, selagi stok tersedia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...