More

    Acer Swift 3, Spin 3,5 & Aspire 3 dilancar di Malaysia : Intel Core 11th Gen, harga bermula RM2,899

    Acer Malaysia semalam telah melancarkan beberapa barisan komputer riba mereka yang terbaru iaitu Acer Spin 3, Spin 5, Swift 3 dan Aspire 3. Komputer riba Acer kali ini hadir dengan pemproses baru Intel Core 11th Gen.

    Bermula dengan Acer Spin 3 dan Spin 5, ia mempunyai berat 1.2kg dan 1.4kg. Komputer riba ini hadir dengan engsel 360 darjah yang membolehkannya digunakan sebagai tablet. Peranti ini hadir dengan pemproses Intel Core i7 11th Gen dengan grafik Intel Iris X. Ia juga menggunakan RAM setinggi 16GB dan storan SSD PCIe Gen4 512GB.

    Seperti biasa perbezaannya adalah saiz skrinnya. Acer Spin 3 menggunakan skrin 13.3 inci WQXGA IPS beresolusi 2560 x 1600, manakala Spin 5 dengan skrin 13.5 inci IPS QHD. Peranti ini juga dilengkapi Acer Active Stylus dengan 4096 sensitiviti tekanan. Acer Spin 3 dan Spin 5 dijual pada tanda harga RM3,999 dan RM4,599.

    Untuk Acer Swift 3 pula, kali ini ia ditambah baik dengan Intel Evo yang dikuasai oleh Intel Core i7 11th Gen dan grafik Intel Iris X. Ia hadir dengan RAM 16GB dan storan SSD PCIe Gen 4.

    Komputer riba seberat 1.2kg ini hadir dengan skrin 14 inci IPS LCD FHD+ dengan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan 300 nits. Acer Swift 3 dijual pada tanda harga RM3,499.

    Akhir sekali adalah Acer Aspire 3. Ia hadir dengan CPU dan GPU yang sama dengan Acer Swift 3, RAM 8GB dan storan SSD PCIe NVMe 512GB. Untuk skrin, ia menggunakan skrin 15.6 inci IPS FHD dan dijual pada tanda harga RM2,899.

    Sempena hari Bapa sedunia, Acer Malaysia mengadakan promosi dalam talian untuk komputer riba terpilih di laman web rasmi Acer, kedai dalam talian Shopee dan Lazada dari 19 sehingga 21 Jun 2021.

    Pelanggan yang membeli komputer riba sebelum 30 Jun 2021 berpeluang untuk menyertai peraduan #CreateYourDreamSpace. Di peraduan ini, pelanggan boleh mendapat kredit RM200 dari TnG atau Boost dan berpeluang untuk memenangi ruang impian dari Woody Lab berharga RM63,000. Ruang impian ini dilengkapi monitor Acer, projector dan meja pintar Woody Lab dan lebih lagi.

    "
    "
    Tempoh promosiKedai Rasmi AcerPautan
    19-21 JunAcer Official Store (Shopee)https://shopee.com.my/acer_os_my
    19-21 JunAcer Certified Store – Just IT (Shopee)https://shopee.com.my/acer.os.justit 
    19-21 JunAcer Certified Store – NBP (Shopee)https://shopee.com.my/acer.os.nbp 
    20-21 JunAcer Certified Store – Aoneplus (Lazada)
    https://www.lazada.com.my/shop/acer-store-aoneplus
     
    20-21 JunAcer Certified Store – NBP (Lazada)https://www.lazada.com.my/shop/acer-certified-store-nbp/ 

    Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured