More

    Acer Swift 5 dilancar di Malaysia: Intel Core i7 12th Gen dan SSD 1TB bermula bermula RM4,699

    Sempena Acer Day 2022 pada hari ini, Acer telah melancarkan Acer Swift 5 baharu yang ringan dan nipis untuk pasaran Malaysia. Komputer riba ini dapat memenuhi keperluan harian dan pekerjaan untuk pelajar dan keluarga. 

    Acer Swift 5 menggunakan sisa plastik yang diambil dari laut dan dikitar semula pada pad sentuh OceanGlass. Acer memperbaharui teknologi dengan memasukkan bahan-bahan baharu bagi beberapa produk dan pemasaran Acer Malaysia.

    Ia ringan dan nipis membawa chasis berwarna hijau yang dimesinkan dengan CNC dan diperbuat daripada Aluminium Gred Aeroangkasa. Ia seberat 1.2kg dan senipis 14.95mm hadir dengan cipset Intel Core i7 generasi ke-12 dan grafik Intel Iris Xe. Ia juga menawarkan memori dual-channel LPDDR5 sehingga 16GB dan storan PCIe NVMe SSD sehingga 1TB. 

    Selain itu, ia menggunakan paparan skrin sentuh WQXGA yang diperbuat daripada Antimicrobial Corning Gorilla Glass untuk melindungi permukaan sentuh dan mengekalkan kebersihan. Aspek paparan skrin-ke-badan adalah sehingga 92.22% dengan bezel nipis di keempat-empat sisi.

    Acer Swift 5 turut menampilkan pengimbas cap jari yang diletakkan di butang kuasa untuk keselamatan dan memudahkan pengguna. Papan kekunci dengan lampu backlit Acer Swift 5 mempunyai ruang udara dengan sistem penyejukan TwinAir beserta paip haba D6.

    Acer Swift 5 baharu turut diperakui oleh Intel Evo dengan fungsi instant wake from sleep, jangka hayat bateri 10 jam dan 4 jam hayat bateri bagi pengecasan selama 30 minit.

    Anda boleh dapatkan Acer Swift 5 di Acer eStore, Shopee dan Lazada serta penjual semula Acer yang sah pada harga bermula dari RM4,699. Pelanggan yang membuat pembelian sebelum 30 September 2022  layak untuk menebus sarung komputer riba,  beg urban, kredit eWallet Touch n’ Go bernilai RM120 dan diskaun RM100 yang akan tersedia semasa jerayawara Acer Day yang sedang berlangsung sehingga 7 Ogos 2022.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured