More

    Acer Swift Edge 14 AI dan Swift Go 16 AI (2025) dilancar, tampilkan rekaan ringan dan premium

    Acer hari ini melancarkan barisan komputer riba baharu dalam siri Acer Swift Edge 14 AI dan Acer Swift GO 16 AI yang mengutamakan rekaan nipis dan ringan, serta dibina dengan bahan premium. Walaupun dengan rekaan ringan, ia masih dilengkapi prestasi yang tinggi untuk kegunaan produktiviti.

    Acer Swift Edge 14 AI (SFE14-51/T)

    Ciri paling menarik pada komputer ini adalah beratnya yang sekitar 0.99kg sahaja, membuatkannya sangat mudah dibawa. Casisnya dibina daripada aloi magnesium-aluminium yang ringan dan tahan lasak. Kami telah memegang sendiri komputer riba ini dan sangat kagum dengan rekaannya yang mudah dibawa.

    Rekaan ini turut mempunyai pengiktirafan tentera MIL-STD 810H bagi memastikan ia boleh tahan lasak terhadap sebarang impak, getaran dan cakaran. Di bahagian sisi, ia mempunyai dua port Thunderbolt 4 dan dua port USB-A.

    Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih mempunyai prestasi AI Copilot+ yang tinggi. Ia dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 288V yang menyediakan prestasi tinggi untuk semua tugas, Intel Arc GPU untuk prestasi grafik yang tinggi dan penciptaan AI generatif yang lebih pantas, RAM LPDDR5X 32GB dan storan PCIe Gen 4 1TB. Baterinya boleh bertahan sehingga 21 jam.

    Skrinnya pula menggunakan panel OLED berukuran 14 inci dengan resolusi 3K, gamut warna DCI-P3 100% dan pengiktirafan VESA DisplayHDR™ True Black 600 untuk warna yang tepat. Ia merupakan skrin komputer pertama dalam dunia yang menggunakan Corning Gorilla Matte Pro untuk menghasilkan skrin yang tidak mudah memantulkan silau.

    Acer Swift Go 16 AI (SFG16-74/T)

    Komputer ini turut mempunyai rekaan nipis, setakat 15.9mm sahaja supaya ia mudah dibawa ke pejabat atau universiti. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses Intel Core Ultra 7 258V dengan grafik Intel Arc, RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan SSD PCIe Gen 4 NVMe sehingga 2TB. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 16 jam.

    Ia mempunyai pad penjejak Acer Multi-Control Touchpad yang boleh mengawal pelbagai fungsi multimedia dan konferens, manakala fungsi Acer MyKey membenarkan pengguna membuka aplikasi tertentu dengan satu klik sahaja.

    Untuk skrin, ia menggunakan panel OLED berukuran 16 inci dengan resolusi WUXGA+ (2048×1280), nisbah aspek 16:10 serta pengiktirafan VESA DisplayHDR TrueBlack 500 untuk warna yang tepat dan Eyesafe 2.0 untuk tontonan yang selesa pada mata.

    "
    "

    Kedua-dua komputer mempunyai kamera webcam IR 1080p yang menyokong pendaftaran masuk biometrik dengan pengimbasan muka melalui Windows Hello. Ia turut menyokong fungsi Acer User Sensing yang akan mengunci skrin apabila ia mengesan pengguna terpaksa meninggalkan komputer ini.

    Sewaktu membuat panggilan video, ia mempunyai fungsi Acer PurifiedVoice 2.0 yang akan mengurangkan bunyi bising di sekeliling pengguna. Komputer ini turut menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.

    Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai harga kedua-dua komputer ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...