More

    Acer Swift Lite 14 dan Swift 16 AI dilancar di Malaysia, bermula RM3,799

    Acer Malaysia hari ini melancarkan dua komputer riba baharu dalam siri Swift iaitu Acer Swift Lite 14 dan Acer Swift 16 AI. Kedua-dua komputer dilengkapi pemproses Intel Core Ultra yang menawarkan prestasi tinggi untuk kegunaan harian, serta pelbagai fungsi AI.

    Acer Swift 16 AI

    Komputer riba ini dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 7 (Series 2) yang boleh menjana prestasi dengan jumlah lebih 120 TOPs, serta hayat bateri yang boleh tahan lebih 20 jam. Skrinnya mempunyai panel OLED dengan resolusi WQXGA+ yang boleh memaparkan sebarang kandungan dengan jelas.

    Untuk fungsi AI, ia mempunyai Acer PurifiedVoice yang boleh mengurangkan bunyi latar belakang sewaktu membuat panggilan video. Di atas skrin, ia mempunyai kamera webcam 1440p QHD dengan Acer PurifiedView yang boleh mengkaburkan latar belakang dalam panggilan video.

    Satu ciri menarik adalah Acer User Sensing 2.0 yang boleh kunci komputer riba ini secara automatik sewaktu anda mengalihkan perhatian, kemudian ia akan membuka komputer ini kembali apabila anda kembali. Terdapat juga Smart Reminder yang mengingatkan anda untuk berehat sebentar jika anda melihat skrin terlalu lama.

    Acer Swift 16 AI akan dijual di Malaysia pada harga RM5,699 dari eKedai Acer, Shopee, Lazada dan pengedar-pengedar sah dalam seluruh negara. Pelanggan yang membelinya sebelum 23 April 2025 akan menerima SanDisk DualDrive 256GB (bernilai RM199). Anda juga layak menebus kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM100 di laman web ini.

    Acer Swift Lite 14

    Komputer ini mempunyai berat 999 gram sahaja, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana. Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 10 jam. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu perak Light Silver dan merah jambu Nude Pink.

    Skrinnya mempunyai engsel yang boleh diputar 180°, bermaksud ia boleh dibuka rata untuk perkongsian skrin yang lebih mudah. Pemprosesnya menggunakan Intel Core Ultra 7 dan Intel Core Ultra 5 yang boleh menjana prestasi cukup untuk kegunaan harian.

    Acer Swift Lite 14 akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,799. Ia akan dijual bermula pertengahan April 2025 di eKedai Acer, Shopee, Lazada dan pengedar-pengedar sah. Pelanggan yang membelinya sebelum 30 April 2025 akan menerima tetikus wayarles Bubble Acer (bernilai RM79). Anda juga layak menebus kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM80 di laman web ini.

    "
    "

    Selain kedua-dua komputer di atas, Acer Malaysia sedang menganjurkan promosi Kempen Ganjaran Terhebat di mana para pelanggan yang membeli barangan Acer terpilih boleh menebus kredit Touch n’ Go eWallet sehingga RM150.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured