More

    Acer Swift X 2022 dilancar: Miliki Intel Core Gen-12, GeForce RTX 3050 Ti dan skrin IPS 16”

    Semasa acara CES 2022, Acer telah mendedahkan tiga Chromebook baharu dan Aspire Vero edisi khas National Geographic. Selain itu, terdapat juga satu lagi versi Swift X (SFX14-51G) baharu dengan beberapa spesifikasi yang dinaik taraf. Swift X hadir dengan berat hanya 1.4kg dan didatangkan dalam dua varian saiz iaitu model 14 inci dan model 16 inci baharu.

    Untuk varian 14 inci, ia dilengkapi cipset Intel Core Generasi ke-12 dengan 12 teras dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Bagi model 16 inci (SFX16-52G) pula menampilkan cipset Intel Core Generasi ke-12 dengan 12 teras dan grafik Intel Arc. Daripada segi reka bentuk, Swift X masih kelihatan sama.

    Namun, Acer telah melakukan beberapa penambahbaikan dengan menyepadukan kipas, papan kekunci dengan salur masuk udara dan saluran haba dwi untuk model standard. Varian 16 inci pula hadir dengan sepasang kipas dwi, dwi saluran haba tembaga, papan kekunci dengan saluran masuk udara dan ruang pelepasan haba sisi yang lebih besar.

    Tambahan, skrinnya menggunakan jenis IPS nisbah aspek 16:10 dengan resolusi 2240×1400 untuk model 14 inci dan resolusi sehingga 2560×1600 (WQXGA) untuk model 16 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 92.22%. Paparannya juga digabungkan dengan liputan 100% gamut warna sRGB dan sehingga 400 nits kecerahan.

    Akhir sekali, Swift X mempunyai memori LPDDR5 sehingga 16GB, storan PCIe SSD 2TB, Intel WiFi 6E (802.11ax), dua port USB-C dengan sokongan Thunderbolt 4 (kelajuan pindahan data sehingga 40GB), dua port USB-A 3.2 Gen 1 dan port HDMI 2.0. Acer Malaysia belum mengesahkan sama ada variasi Swift X terbaharu ini akan sampai ke Malaysia atau pun tidak.

    Sama-sama kita tunggu pengumuman dan kongsi pendapat anda di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...