More

    Acer Swift X dan Nitro 50 dilancar di Malaysia: Komputer dengan cipset AMD bermula RM4,299

    Acer Malaysia hari ini telah melancarkan dua buah komputer baharu iaitu komputer riba nipis Acer Swift X dan komputer gaming Acer Nitro 50, di mana kedua-dua komputer ini dilengkapi cipset AMD Ryzen.

    Acer Swift X

    Untuk spesifikasi dalaman, Acer Swift X dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 5800U atau Ryzen 5, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, RAM LPDDR4X sehingga 16GB dan SSD NVMe PCIe sehingga 512GB. Skrinnya pula berukuran 14 inci dengan paparan FHD IPS, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 85.7%, keterangan 300 nits, gamut warna sRGB 100% dan perlindungan Acer BlueLightShield untuk pancaran cahaya biru yang rendah.

    Baterinya mempunyai kadar 59W dan boleh bertahan sehingga 17 jam. Papan kekuncinya mempunyai lohong udara (air inlet) bagi meningkatkan pengudaraan sehingga 10% berbanding papan kekunci biasa.

    Acer Swift X dengan cipset AMD Ryzen 5 akan dijual pada harga RM4,299, manakala varian cipset AMD Ryzen 7 pula berharga RM4,999. Pembelian sebelum 20 Oktober 2021 akan menerima promosi untuk membeli tetikus Logitech MX Anywhere 3 pada harga RM199 sahaja (harga asal RM399). Tawaran ini boleh didapati dalam laman web Acer eStore atau Shopee.

    Acer Nitro 50

    Acer Nitro 50 adalah komputer gaming desktop yang dilengkapi GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti, pemproses AMD Ryzen 7 atau Ryzen 5, RAM DDR4 8GB dan SSD NVMe PCIe M.2 1TB. Berikut adalah harga untuk variannya:

    • AMD Ryzen 5 5600X, GTX 1650: RM4,299
    • AMD Ryzen 7 5700G, GTX 1660 SUPER: RM4,999
    • AMD Ryzen 7 5700G, RTX 3060 Ti: RM6,499

    Pembelian Nitro 50 pada 10 Oktober 2021 sahaja akan menerima hadiah percuma bernilai RM278, termasuk fon kepala Predator Galea 311 dan beg Predator Gaming Urban Backpack. Tawaran ini boleh didapati di laman web Acer eStore atau Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured