More

    Acer TravelMate P4 rasmi di Malaysia: Bateri 15.5 jam, CPU Tiger Lake, RAM 8GB bermula RM4,099

    Acer Malaysia kini telah mengumumkan Acer TravelMate P4 yang tersedia dijual di pasaran Malaysia bermula pada harga RM4,099. Disember lalu, Acer seperti baru sahaja mengumumkan Acer TravelMate P2 di pasaran Malaysia seiring dengan beberapa komputer riba lain.

    Acer TravelMate P4 memiliki pemproses Intel Core i7/i5 Generasi Ke-11 dengan integrasi grafik Intel Iris Xe. Ia dilengkapi paparan FHD 14 inci, RAM 8GB dan SSD 512GB. Menurut Acer, TravelMate P4 mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 15 jam dan diperakui ciri tahan lasaknya melalui piawaian MIL-STD-810G.

    Acer TravelMate P4 varian pemproses Intel Core i5 berharga RM4,099, manakala varian Intel Core i7 berharga RM4,999 di pasaran Malaysia. Pembelian komputer riba ini sebelum 31 Mac 2021 melayakkan anda mendapat RM80 kredit percuma untuk TnG eWallet atau Boost.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi Facebook rasmi Acer Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai komputer riba ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...