More

    Acer TravelMate P6 14 AI dilancar di Malaysia: Skrin 14″, berat 1kg, bateri 65Wh bermula RM6,799

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan komputer riba Acer TravelMate P6 14 AI yang menawarkan rekaan ringan sambil dilengkapi spesifikasi canggih untuk kegunaan harian.

    Skrinnya berukuran 14 inci dengan resolusi WQXGA+ (2880×1800), kecerahan puncak 400 nits dan gamut warna sRGB 100%. Ia juga ditawarkan dalam varian skrin sentuh dengan resolusi WUXGA (1920×1200).

    Ia mempunyai badan luaran yang dibuat daripada gentian karbon dan casis yang dibuat daripada aloi magnesium-aluminium dengan pengiktirafan tentera untuk memberikan mutu binaan kukuh, sambil mengekalkan berat bawah 1kg.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses Intel Core Ultra 200V Series dengan tujahan AI, RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan bateri 65Wh.

    Beberapa fungsi AI yang ditawarkan termasuklah Acer PurifiedView dan Acer PurifiedVoice yang akan meningkatkan kualiti panggilan video serta Copilot+ yang menawarkan fungsi-fungsi produktiviti berasaskan AI.

    Untuk keselamatan, ia dilengkapi pengimbasan muka infra-merah (IR) dan penutup peribadi (privacy shutter) untuk lindungi daripada penggodam, serta Acer User Sensing Technology yang akan mengunci skrin apabila pengguna beredar jauh daripada komputer, kemudian menghidupkannya semula apabila pengguna kembali.

    Satu ciri unik adalah kekunci TravelMate Sense Key, yang mempunyai tiga fungsi utama apabila ditekan:

    • Workflow: Pilih profil kerja seperti Meeting, Away dan Work
    • Secure Guard: Mengukuhkan keselamatan dengan fungsi seperti USB Device Filter, Personal Secure Drive, File Secure dan Dynamic Lock
    • Checkup: Memantau kesihatan komputer dan menyediakan panduan untuk mengoptimakan prestasi

    Acer TravelMate P6 14 akan dijual pada harga bermula RM6,799 di Acer eStore dan pengedar sah Acer seluruh negara.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured