More

    Acer turut lancarkan Swift Air 16, AI TravelMate X4 dan projektor Vero terbaharu

    Selain siri Predator dan Preadtor, Acer turut memperkenalkan beberapa produk baharu di IFA 2025 termasuk komputer riba ultra-nipis Swift Air 16, komputer riba perniagaan TravelMate X4 14 AI dan tiga projektor mesra alam dalam siri Vero.

    Komputer riba Swift Air 16 (SFA16-61M) direka khusus dengan casis aloi magnesium-aluminium dan berat kurang daripada 1kg untuk profesional yang aktif bergerak yang menjadikannya antara komputer riba 16 inci paling ringan di pasaran.

    Swift Air 16

    Ia dikuasakan oleh pemproses terkini AMD Ryzen™ AI 300 termasuk pilihan sehingga Ryzen™ AI 7 350 dan menyokong pengkomputeran AI tempatan dengan integrasi ciri Windows 11 Copilot+ PC seperti Recall (pratonton) dan Click to Do (pratonton) untuk meningkatkan produktiviti.

    Pengguna boleh memilih antara paparan 16-inci WQXGA+ AMOLED 120Hz dengan gamut warna DCI-P3 penuh atau paparan 16 inci WUXGA IPS 60Hz. Swift Air 16 turut dilengkapi kamera FHD inframerah 2MP dengan sokongan Windows Hello, dwi mikrofon, dwi pembesar suara serta pelbagai port sambungan termasuk USB-C, HDMI 1.4, Wi-Fi 6E dan Bluetooth generasi baharu.

    Selain itu, Acer turut melancarkan TravelMate X4 14 AI (TMX414-541) yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana serta pekerja pejabat mudah alih. Komputer riba seberat 1.27kg ini menggunakan Intel® Core Ultra 7 258V, menyokong RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan PCIe 1TB.

    TravelMate X4 14 AI

    Ia juga hadir dengan ciri keselamatan seperti Acer UserSensing™ 2.0 untuk kunci skrin automatik. TravelMate X4 14 AI telah lulus ujian ketahanan MIL-STD 810H dan menawarkan pilihan paparan WUXGA atau OLED.

    Dalam kategori projektor, Acer memperkenalkan tiga model baharu iaitu Vero XL2320p, Vero XL2521 dan Vero SL2520n. Semua model menggunakan sumber cahaya laser bebas merkuri dengan jangka hayat sehingga 30,000 jam serta penggunaan tenaga 40% lebih rendah berbanding projektor tradisional.

    Vero SL2520n
    Vero XL2320p

    Projektor ini menyokong unjuran Full HD, kecerahan 4000 ANSI lumens dan serta pembetulan empat penjuru untuk fleksibiliti pemasangan. Model lontaran pendek SL2520n boleh memaparkan skrin 100 inci dari jarak hanya 1.1 meter. Menariknya, projektor siri Vero ini menggunakan 50% plastik kitar semula (PCR) untuk casis dan pembungkusan 100% mesra alam.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...