More

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih lestari dan mudah dibaiki. Dikuasakan sehingga Intel Core Ultra X9 388H dengan prestasi platform sehingga 180 TOPS, Vero 16 merupakan sebuah Windows 11 Copilot+ PC yang menyokong pelbagai ciri AI pada peranti untuk produktiviti, kreativiti dan hiburan. Ia turut menawarkan sehingga 32GB memori LPDDR5x, storan SSD sehingga 512GB serta bateri 71Wh untuk kegunaan sepanjang hari.

    Salah satu pembaharuan utama Vero 16 ialah reka bentuk yang memberi lebih tumpuan kepada kebolehbaikan dan naik taraf. Penutup atas dan bahagian palm-rest menggunakan gabungan 50% aluminium kitar semula pasca-industri (PIR) dan 50% aluminium rendah karbon, manakala penutup bawah menggunakan 60% plastik kitar semula pasca-pengguna (PCR).

    Pengguna juga boleh mendapatkan akses kepada komponen dalaman tanpa alatan menerusi access latch, selain boleh menggantikan sendiri bateri dan SSD. Engsel boleh ditanggalkan, penutup port I/O di kedua-dua sisi juga boleh dibuka, manakala reka bentuknya dirancang untuk menyokong naik taraf pemproses sekurang-kurangnya dua generasi. Casis yang diperakui MIL-STD-810H pula menggunakan kemasan salutan serbuk tanpa pelarut bagi meningkatkan ketahanan dan mengurangkan pelepasan VOC.

    Untuk pengalaman visual, Acer Vero 16 menawarkan pilihan paparan OLED 16 inci sehingga WQXGA+ 2880 x 1800, nisbah aspek 16:10, liputan warna 100% DCI-P3 dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kamera IR 5MP dengan privacy shutter disediakan untuk panggilan video dan keselamatan, manakala dua pembesar suara anti-getaran dengan DTS Virtual:X melengkapkan pengalaman multimedia. Daripada segi sambungan, komputer riba seberat sekitar 1.56kg ini dilengkapi dua port Thunderbolt 4, dua USB Type-A, HDMI 2.1, pembaca kad SD serta sokongan Intel Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.6.

    Sebagai Copilot+ PC, Vero 16 turut menyediakan ciri Windows berasaskan AI seperti Click to Do, Cocreator, Live Captions dengan terjemahan dan Windows Studio Effects. Teknologi Acer seperti PurifiedView dan PurifiedVoice pula membantu meningkatkan kualiti persidangan video dan mengurangkan bunyi latar, sementara AcerSense memberikan akses pantas kepada kawalan prestasi, bateri, storan dan ciri kolaborasi AI. Acer Vero 16 dijadualkan berada di pasaran EMEA pada suku pertama 2027, dengan harga, spesifikasi dan ketersediaan sebenar berbeza mengikut pasaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured