Adakah anda pernah memiliki haiwan peliharaan digital Tamagotchi? Jika anda membesar dengan perkara ini, mungkin anda akan mengenali salah satu daripada item tambahan in-game untuk Call of Duty: Modern Warfare. Dinamakan secara manja, ‘Tomogunchi’ ini ialah item in-game yang berupa jam tangan yang membenarkan anda untuk menjaga haiwan peliharaan digital.
Menurut perkongsian blog rasminya, item ini adalah item tambahan yang boleh dibeli (mikro-transaksi) dan anda perlu milikinya dalam game untuk mula menjaga haiwan peliharaan digital. Haiwan peliharaan ini akan melibatkan masa daripada Kanak-kanak (Child) kepada Remaja (Teen) dan seterusnya Dewasa (Adult), satu proses yang boleh dipercepatkan dengan tangkapan berjaya, menanam, pembunuhan berterusan dan menang pada kedudukan ketiga teratas. Seperti permainan Tamagotchi fizikal yang dahulu pada tahun 90an, anda perlu menjaga dan memastikan ianya tidak mati.

Untuk memeriksa haiwan peliharaan, anda cuma perlu menekan kekunci anak panah-atas dan pilih gerakan ‘Watch Interact’. Anda akan dapat melihat jika si comel sihat atau gembira pada skrin jam tangan virtual. Apa yang menganggu adalah cara untuk memberi makan iaitu dengan memusnahkan dalam game, mendapatkan mata melalui pencapaian objektif, menang perlawanan dan pembunuhan berterusan. Sebenarnya, haiwan peliharaan ini agak dahagakan kemusnahan…
Tomogunchi Virtual Pet kini tersedia dalam kedai maya Call of Duty: Modern Warfare. Apa pun, adakah anda ingin mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu seperti ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Diterjemahkan daripada TechNave.com






