More

    Adakah ini rupa Samsung Galaxy S22 Ultra?

    Samsung dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, Samsung Galaxy S22, pada awal tahun hadapan. Walau bagaimanapun, beberapa gambar telah pun tertiris di mana ia menunjukkan model olok-olok untuk varian tercanggih dalam siri tersebut iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra.

    Gambar tersebut menunjukkan rekaan belakang Galaxy S22 Ultra, di mana ia tidak mempunyai bonggol kamera besar seperti Galaxy S21 Ultra. Sebaliknya, lensa-lensanya berada dalam bulatan mereka sendiri dan rekaan ini amat serupa dengan LG Velvet.

    Warna Galaxy S22 Ultra yang ditunjukkan dalam gambar tersebut adalah perak dan hitam. Satu lagi perkara yang menarik adalah ia mempunyai ruang khas untuk meletakkan stilus S Pen, jadi telefon ini mungkin akan menggantikan ketiadaan Galaxy Note bermula tahun hadapan.

    Selain itu, Galaxy S22 Ultra juga dikhabarkan akan ditawarkan dengan storan dalaman 1TB, menjadikannya telefon Samsung pertama yang menawarkan kapasiti tersebut. Ia mungkin bertujuan bagi menyaingi iPhone 13 Pro Max yang turut memperkenalkan storan 1TB pada tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang gambar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAMMobile

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured