More

    Adakah prestasi CelcomDigi jadi lebih teruk selepas penggabungan? – Edisi TechNave

    Dua tahun lalu, Celcom dan Digi memulakan perbincangan untuk bergabung dan akhirnya jenama CelcomDigi diperkenalkan. Dengan penggabungan ini, pelanggan berharap untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada kedua-dua syarikat telekomunikasi.

    Namun sejak kebelakangan ini, terdapat pengguna CelcomDigi daripada laman Facebook kami mengatakan masalah rangkaian menjadi lebih teruk sejak penggabungan. Penggabungan ini seharusnya menjadikan pengalaman internet mudah alih lebih baik tetapi sebaliknya.

    Oleh itu, kami memutuskan untuk membuat tinjauan pengguna CelcomDigi tentang pengalaman mereka, pelan yang mereka gunakan, lokasi dan tangkapan skrin ujian kelajuan. Berikut adalah beberapa tangkap layar yang diambil daripada komen dan mesej pengguna CelcomDigi.

    Maklum balas yang kami terima

    Penemuan kami

    Banyak faktor boleh mempengaruhi prestasi internet mudah alih syarikat telekomunikasi. Selalunya, kawasan luar bandar tidak mendapat isyarat yang baik kerana ia berada di luar jangkauan. Kami juga perlu mempertimbangkan telefon pintar yang digunakan oleh pengguna tetapi daripada semua testimoni ini, tiada satu perkataan yang baik kami terima.

    Mungkin yang paling menyedihkan adalah dari Kota Kinabalu, Sabah, dengan kelajuan keseluruhannya sungguh menyedihkan walaupun mereka menggunakan pelan mewah (Digi Postpaid 150 Infinite dan Celcom MEGA 128 Unlimited). Perkara yang sama berlaku kepada seorang pengguna di Sibu, Sarawak juga.

    Walaupun ujian kelajuan kelihatan baik, pengalaman mudah alih pengguna berkata sebaliknya. Di tempat lain, pengguna lain dengan pelbagai pelan CelcomDigi daripada prabayar hingga pascabayar mempunyai rangkaian internet yang perlahan seperti yang dilihat dalam tangkapan skrin di atas.

    Pengguna yang mempunyai keputusan ujian kelajuan “baik” selalunya tidak selari dengan pengalaman mudah alih termasuk ketidakstabilan, kelambatan dan kelajuan berkurangan. Satu komen menarik perhatian kami di mana mereka sebelum ini mempunyai kekuatan isyarat 4G+ sebelum penggabungan tetapi ia menurun selepas itu.

    "
    "

    Untuk pengetahuan, saya juga menggunakan Digi Postpaid 60 dan saya tidak menghadapai sebarang masalah memandangkan saya tinggal di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kekuatan bar isyarat sering turun ke tahap dua apabila saya pergi ke Bandar Kinrara, Puchong.

    Ia akan menjadi lebih teruk di pangsapuri bertingkat tinggi yang akan menyebabkan sambungan 4G agak tidak berguna (walaupun peta liputan bagus di kawasan saya) apatah lagi 5G.

    Kesimpulan

    Jadi apa yang pengguna CelcomDigi boleh lakukan mengenai perkara ini? Anda boleh memilih untuk keluar daripada pelan telekomunikasi sekarang. Namun, ia akan jadi terlalu mahal dan pengguna jadi tiada pilihan lain selain terus melanggan. Adalah lebih baik untuk sentiasa menyemak kawasan liputan sebelum mendaftar melalui mana-mana laman web syarikat telekomunikasi.

    Anda juga boleh melaporkan prestasi data mudah alih yang mengecewakan kepada kerajaan Malaysia melalui laman rasmi di sini atau hubungi talian hotline di 1-800-188-030. Sudah lebih setahun Celcom dan Digi menggabungkan operasi perniagaan mereka tetapi saya rasa maklum balas daripada umum menunjukkan prestasi data mudah alih CelcomDigi menjadi lebih teruk berbanding sebelum ini.

    Mungkin mereka memerlukan lebih banyak masa untuk meningkatkan mutu capaian internet dengan lebih baik. CelcomDigi perlu melakukan lebih baik daripada ini dan rakyat Malaysia sudah tidak tahan lagi dengan isu yang sama. Kami telah menghubungi CelcomDigi mengenai perkara ini tetapi kami masih belum mendengar maklum balas daripada mereka.

    Apa pendapat anda tentang tinjauan ini? Setuju atau tidak bersetuju? Kongsi pendapat anda dalam ruangan komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Terjemahan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...