More

    Adidas lancarkan tiga fon telinga wayarles baharu, sesuai untuk bersukan bermula ~RM514

    Adidas bukan sahaja membuat pakaian sukan tetapi jenama itu juga telah mula meneroka lebih banyak usaha dalam segmen teknologi. Baru-baru ini, syarikat itu telah melancarkan tiga model fon telinga wayarles terbaharu yang dihasilkan untuk golongan yang aktif bersukan dengan ciri bergaya dan lasak.

    Barisan fon telinga wayarles tersebut terdiri daripada Z.N.E. 01 ANC, Z.N.E. 01 dan FWD-02 Sport. Z.N.E. 01 ANC boleh dianggap sebagai sepasang AirPods Pro yang lasak dan mempunyai reka bentuk tersuai dalam telinga bersama Active Noise Cancellation (ANC) berharga AED 849 (~RM973).

    Pengguna juga boleh mengaktifkan mod sedar untuk ketelusan audio apabila melakukan aktiviti. Ciri-ciri lain termasuk penarafan IPX5 untuk kalis air, 4.5 jam hayat bateri dan 15.5 jam jika digunakan bersama sarung pengecasan. Bagi model Z.N.E. 01, ia hadir tanpa ANC dengan reka bentuk open ear berharga AED 749 (~RM858).

    Yang terakhir, model Adidas FWD-02 Sport dihasilkan bagi aktiviti sukan luar adalah model termurah dengan harga AED 449 (~RM514). Varian ini hadir dengan reka bentuk tanpa batang (stem) dan ciri kawalan sentuhan tekanan. Ia juga mempunyai rating kalis air dan peluh IPX5.

    Walaupun tidak mempunyai ANC, ia masih membawa mod sedar untuk membenarkan bunyi ambien. Fon telinga ini boleh bertahan selama 6 jam main balik dan tambahan 19 jam jika digunakan bersama sarung pengecasan.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechRadar

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured