More

    Adobe MAX 2021: Adobe Photoshop boleh diguna pada ‘browser’ dan sokongan RAW untuk iPad

    Adobe memulakan persidangan Max dengan kemas kini pada keseluruhan rangkaian aplikasinya. Salah satu pengumuman terbesar ialah Photoshop untuk pelayar web. Ia adalah versi web Photoshop dengan sokongan penyuntingan yang terhad bertujuan untuk kerja kolaboratif.

    Anda boleh menyimpan PSD ke awan (cloud), berkongsi pautan kepada rakan perniagaan dan menyemak serta mengulas dalam panel ulasan baharu yang akan berfungsi secara langsung dalam Photoshop pada desktop.

    Photoshop pada iPad mendapat kemas kini yang besar. Ia kini menyokong fail RAW daripada keseluruhan senarai RAW Adobe Camera serta fail Apple ProRAW daripada iPhone 12 dan 13. Ciri-ciri lain seperti Sky Replacement, Healing Brush dan Magic Wand kini turut terdapat pada versi Photoshop iPad.

    Ciri pelindung objek pintar baharu telah tiba untuk Photoshop pada desktop. Hanya tandakan pada objek dan teknologi Sensei AI boleh mengasingkannya dalam topeng (mask) baharu supaya anda boleh menggunakan penetapan sendiri padanya. Untuk objek yang banyak, anda boleh memilih Layer > Mask All Objects untuk menjana topeng.

    Pengadun Landskap (Landscape Mixer) boleh menjana musim yang berbeza dengan tangkapan landskap dalam beberapa saat. Ciri ini malah akan menutup dan mengharmonikan orang di tempat kejadian supaya mereka tidak kelihatan tidak pada tempatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Adobe Photoshop. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured