More

    AEON Bank dilancar sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia

    Pada hari ini, AEON Bank (M) Berhad telah dilancar sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan digital peribadi serta pelbagai manfaat untuk para pelanggan AEON. Anda boleh muat turun aplikasi bank digital ini di Apple App Store atau Google Play Store.

    Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah Savings Account-i, Saving Pots, alat pengurusan belanjawan serta banyak lagi pada masa hadapan. Setiap pengguna yang mendaftarkan diri dengan AEON Bank akan menerima kad debit maya AEON Bank x Visa Debit Card-i, manakala mereka yang inginkan kad debit fizikal pula boleh melakukan sedemikian.

    Sebagai sebuah bank Islamik, AEON Bank mengamalkan perbankan yang patuh Syariah sepenuhnya. Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui aplikasi AEON Bank sahaja dengan tiga langkah mudah.

    Selain pelbagai fungsi perbankan digital, satu ciri menarik yang unik untuk AEON Bank ialah ia disepadukan dengan pelbagai perniagaan yang berada bawah naungan AEON Group seperti AEON Mall, AEON Supermarket, La Boheme Bakery, AEON Wellness dan banyak lagi. Para pengguna AEON Bank akan menerima pelbagai manfaat seperti mata ganjaran AEON Points apabila membeli-belah di kedai-kedai tersebut.

    Pengguna akan menerima AEON Points apabila mereka menggunakan AEON Bank untuk melakukan transaksi di mana-mana sahaja, namun mereka akan menerima lebih banyak AEON Points dan manfaat lain jika mereka membeli-belah di mana-mana perniagaan AEON.

    AEON Points yang sudah dikumpul boleh ditukarkan kepada wang tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank pengguna.

    Sementara itu, para pelanggan AEON yang sudah menjadi ahli AEON Points Programme akan menjadi ahli AEON Bank secara automatik dan AEON Points yang sudah dikumpulkan sebelum ini akan kekal dalam AEON Bank.

    Bagi menyambut pelancarannya, pengguna AEON Bank yang mengaktifkan akaun mereka akan menerima 3,000 AEON Points, tiga kali ganda AEON Points untuk setiap transaksi yang menggunakan AEON Bank x Visa Debit Card-i serta kadar keuntungan 3.88% per annum.

    "
    "

    AEON Bank juga akan menganjurkan jerayawara umum di AEON Mall Shah Alam, Selangor sehingga 2 Jun 2024 di mana para pelawat boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik, mendapatkan diskaun untuk makanan dan minuman serta banyak lagi. Ia juga akan dianjurkan di Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Sarawak dalam masa terdekat.

    Layari laman web AEON Bank untuk maklumat lanjut mengenai Bank digital ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured