More

    Aeson Power perkenal bateri Sodium-ion di Malaysia: Lebih tahan lama dan mesra iklim tropika bermula RM369

    Aeson Power secara rasmi melancarkan siri bateri automotif Sodium-ion (atau Natrium-ion) terbaharunya di Malaysia, terdiri daripada model NaPulse Starting, NaPulse Start-Stop dan NaForce Start-Stop. Pelancaran yang berlangsung di The MET, Mont Kiara ini memperkenalkan alternatif yang lebih selamat dan cekap berbanding bateri asid plumbum tradisional.

    Direka agar serasi dengan lebih 95% kenderaan di pasaran, bateri Aeson Power kini boleh menggantikan bateri jenis MF, EFB dan AGM serta sesuai digunakan untuk kenderaan persendirian, komersial dan industri. Menurut Pengarah Urusan Aeson Power, Jin Chan, pengenalan ini membuktikan komitmen syarikat terhadap inovasi teknologi yang bukan sahaja meningkatkan prestasi kenderaan tetapi juga menyokong masa depan yang lebih lestari.

    Bateri Sodium-ion ini direka khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim tropika Malaysia yang panas dan lembap, mampu mengekalkan prestasi stabil walaupun pada suhu sehingga 80°C. Tidak seperti bateri asid plumbum yang mudah kehilangan kuasa dan mengembang dalam haba melampau, bateri Sodium-ion mengekalkan kapasiti melebihi 85% walaupun selepas sebulan disimpan pada suhu 60°C.

    Dengan teknologi bahan katod polianion, bateri ini menawarkan kelebihan seperti pengecasan pantas (0–100% dalam 40 minit), kadar nyahcas tinggi untuk kuasa permulaan mantap, jangka hayat panjang, daya tahan terhadap getaran serta kadar penyahcasan diri yang sangat rendah. Daripada segi prestasi, bateri Sodium-ion Aeson Power mempunyai jangka hayat kitaran sehingga tiga kali lebih lama berbanding bateri asid plumbum dengan 3,000 kitaran @ 50% DoD.

    Ia juga menunjukkan kemerosotan minimum pada suhu tinggi, memberikan kuasa permulaan dua hingga tiga kali ganda lebih kuat dengan arus puncak melebihi tiga kali ganda daripada bateri biasa. Julat voltan operasinya yang luas (6–14V) memastikan enjin boleh dihidupkan walaupun pada 10.5V. Di Malaysia, siri bateri ini dijual pada harga bermula RM369 disertakan waranti selama tiga tahun, menjadikannya pilihan lebih tahan lama dan berbaloi berbanding bateri konvensional.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured