More

    Ahli Samsung boleh menebus pengecas 25W percuma apabila membeli telefon Siri Galaxy S22

    Samsung yang telah melancarkan siri Samsung Galaxy S22 pada beberapa minggu lepas telah membuat program khas untuk ahlinya. Ahli Samsung yang merancang untuk membeli peranti siri Galaxy S22 boleh mendapatkan peranti tersebut mulai hari ini hingga 31 Mac.

    Anda boleh menebus pengecas Super-Fast Samsung 25W secara percuma yang bernilai RM79 apabila anda membeli Galaxy S22 5G, Galaxy S22+ 5G atau Galaxy S22 Ultra 5G daripada kedai dalam talian Samsung . Anda perlu ke ke aplikasi Samsung Members dan ikuti langkah di bawah:

    1. Langkah 1: Klik pada “Muat Turun Baucar” pada aplikasi ahli Samsung.
    2. Langkah 2: Klik pada “Salin ke papan keratan” untuk menyalin kod baucar dan klik pada “Tempat untuk menggunakan baucar ini”.
    3. Langkah 3: Pilih barangan, gunakan kod baucar.
    4. Langkah 4: Gunakan kod baucar untuk pengecas Samsung 25W percuma untuk diletakkan dalam pesanan.

    Jika anda belum mendaftar sebagai ahli Samsung, anda boleh berbuat demikian secara percuma. Promosi ini hanya boleh dipakai pada satu penebusan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh promosi dan sementara stok masih ada.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured