More

    AI Lazzie bakal diintegrasikan pada aplikasi Lazada sebagai pembantu beli-belah AI baharu

    Lazada yang merupakan platform eCommerce terkemuka di Asia Tenggara telah melancarkan kajian berjudul Artificial Intelligence Adoption in eCommerce in Southeast Asia yang dibangunkan bersama Kantar. Kajian ini merangkumi lebih 6,000 pengguna di enam pasaran Asia Tenggara untuk memahami penggunaan dan penerimaan kecerdasan buatan (AI) dalam platform eCommerce.

    Hasil tinjauan menunjukkan bahawa hampir dua pertiga (63%) responden percaya AI telah diterima secara meluas dalam membeli-belah dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan sebenar ciri AI seperti chatbot (47%), carian produk visual (40%) dan terjemahan (40%) adalah di bawah 50%.

    Hanya satu pertiga responden yang menilai ciri-ciri ini sebagai berguna untuk memenuhi keperluan mereka. Jurang antara persepsi dan keberkesanan sebenar menunjukkan peluang untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah melalui penggunaan AI berasaskan data.

    Kajian ini juga mendedahkan bahawa 92% responden mempercayai AI untuk cadangan peribadi dan 90% untuk ringkasan produk. Lebih separuh (52%) responden menyatakan kemudahan membeli-belah sebagai sebab utama untuk menerima AI manakala 51% menilai ulasan produk dan penjual sebagai ciri penting.

    Majoriti pembeli (83%) juga sanggup membayar lebih untuk pengalaman membeli-belah berkuasa AI dengan 49% merasakan AI meningkatkan penemuan produk, perkhidmatan pelanggan dan keseronokan membeli-belah. Dengan 80% responden menggunakan fitur AI dalam aplikasi eCommerce sekurang-kurangnya sekali seminggu, Lazada berpeluang untuk memperdalam integrasi AI mereka.

    Sebagai tambahan, Lazada memperkenalkan AI Lazzie iaitu chatbot eCommerce yang dikuasakan oleh OpenAI ChatGPT yang memberikan saranan dan cadangan produk secara peribadi. AI Lazzie dilengkapi dengan empat ciri utama iaitu:

    • Message+: Alat pemesejan peribadi yang menawarkan cadangan membeli-belah dan akses kepada tawaran istimewa.
    • Try-On Models: Pengalaman membeli-belah yang membolehkan pengguna memilih model maya untuk melihat kesesuaian pakaian. AI-Powered Product
    • Description: Senarai produk yang dihasilkan oleh AI untuk menyoroti ciri-ciri utama produk.
    • AI-Powered Smart Reviews: Fitur yang merangkum ulasan produk untuk membantu pengguna membuat keputusan dengan cepat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured