More

    AirAsia lancarkan pelan langganan SUPER+, tawarkan penerbangan tanpa had bermula RM639

    Pada hari ini, aplikasi airasia Super App telah melancarkan sebuah pelan langganan SUPER+ yang menawarkan faedah sangat menarik, di mana pelangggan boleh menerima penerbangan AirAsia tanpa had, penghantaran makanan percuma dan banyak lagi.

    Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan Airasia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipna. Mereka boleh menebus penerbangan dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023.

    Mereka juga akan menerima Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19, di mana mereka boleh menuntut manfaat insurans jika mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa tujuh hari sebelum tarikh penerbangan.

    Selain itu, mereka boleh menikmati penghantaran makanan percuma tanpa had untuk semua pesanan dalam airasia food di empat negara tersebut.

    Pelanggan SUPER+ juga boleh menerima faedah daripada seluruh ekosistem airasia yang akan ditambah pada masa hadapan, seperti diskaun untuk airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi.

    Pelan SUPER+ boleh dilanggan pada harga RM639 setahun untuk pelanggan dari Malaysia. Perlu diingati bahawa hanya 200,000 pelan langganan SUPER+ akan ditawarkan dan ia boleh dibeli mulai hari ini hingga 2 April 2022.

    Layari laman web SUPER+ untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menjadi pelanggan airasia SUPER+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AirAsia

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured