More

    AirAsia mungkin akan ceburi industri seru pandu seperti Grab

    Berikutan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan industri penerbangan dengan teruk, syarikat penerbangan AirAsia dilihat telah meluaskan operasi perniagaannya ke dalam industri penghantaran barang. Kini, CEO kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengatakan mereka mungkin akan meluaskan lagi operasinya, kali ini ke dalam industri perkhidmatan seru pandu (ride hailing) pula.

    Dalam sebuah temuramah, Tony mengatakan AirAsia sedang mempercepatkan transformasi syarikat itu secara digital dengan tumpuan pada sektor logistik dan pengangkutan. Beliau tidak gentar dengan perkhidmatan seru pandu ternama seperti Grab dan berpendapat bahawa masih belum terlambat untuk menceburi industri tersebut.

    Beliau mengimbau kembali sewaktu AirAsia mula beroperasi dengan hanya dua buah kapal terbang, sewaktu Malaysia Airlines menguasai hampir 98 peratus daripada pasaran penerbangan. AirAsia juga bukanlah syarikat penerbangan tambang rendah pertama dalam dunia, Tony belajar daripada syarikat luar negara seperti Ryanair dan Southwest.

    Daripada itu, Tony mengatakan beliau boleh belajar daripada pengalaman Grab dalam menjalankan perkhidmatan seru pandu selama lapan tahun. Malah, AirAsia boleh menggabungkan perkhidmatan penerbangan mereka yang terdiri daripada 245 buah kapal terbang dengan perkhidmatan seru pandu seperti teksi.

    Selain itu, Tony juga mengatakan beliau ingin meningkatkan mutu perkhidmatan penghantaran makanan AirAsia Food agar ia menjadi yang paling terkenal di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured