More

    AirAsia Ride tawarkan penjimatan untuk penumpang LRT melalui aplikasi MyRapid PULSE

    AirAsia MOVE yang merupakan platform e-hailing milik AirAsia MOVE telah berkolaborasi dengan Prasarana Malaysia Berhad untuk menyediakan penumpang di Lembah Klang dengan pilihan yang lebih berpatutan untuk perjalanan ke dan dari stesen kereta api LRT.

    Kerjasama strategik ini telah dirasmikan di Stesen LRT Putra Heights oleh CEO AirAsia MOVE, Nadia Omer dan CEO Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Fa’izah Khairuddin. CEO Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan dan Ketua Pegawai Digital Kumpulan Prasarana, Eamon Chee turut hadir.

    Penumpang kini boleh menempah perjalanan secara langsung dari Aplikasi Perancang Perjalanan MyRapid PULSE ke dan dari semua 24 stesen LRT di sepanjang laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Permai melalui AirAsia Superapp. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga RM4 setiap hari dengan menggunakan kod promo tertentu untuk stesen-stesen yang berbeza.

    Bagi mendapatkan kemas kini terkini, pengguna boleh mengikuti @airasiasuperapp di Instagram, Threads dan TikTok atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar, AirAsia Superapp (akan dinamakan airasia MOVE tidak lama lagi) boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: airasia newsroom

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured