More

    AirAsia Ride umumkan e-Hailing Udara, dari KLIA ke KL Sentral 11 minit sahaja

    Terbaru, syarikat perkhidmatan penerbangan tambang murah di Malaysia iaitu AirAsia kini telah menghasilkan e-hailing yang menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).

    Perkhidmatan ini juga akan ditawarkan secara perkongsian penumpang (ride-sharing). Pengumuman tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun Instagram miliknya.

    Menurut laporan, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) sudahpun menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.

    Perjanjian itu sekaligus mengubah landskap perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih. Maklumat rasmi mengenai ketersediaan perkhidmatan ini masih belum didedahkan, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Instagram

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...