More

    AirPods 3 dan AirPods Pro 2 mungkin akan ditangguh ke tahun 2022

    Sejak dari tahun 2019, Apple masih belum melancarkan fon telinga AirPods mereka yang dilengkapi reka bentuk yang baru. Kini, sumber terbaru dari Bloomberg memberitahu bahawa kita mungkin perlu tunggu sehingga tahun 2022 untuk melihat model baru AirPods.

    AirPods generasi ketiga (AirPods 3) dikhabarkan akan hadir dengan batang yang lebih pendek serta bekas pengecas yang baru. Sebelum ini, ia telah tertiris dalam talian dengan beberapa gambar langsung. Model ini dikatakan akan menyokong ciri Spatial Audio yang sudah ada pada AirPods Pro ketika ini.

    Kiri : Imej janaan AirPods 3, kanan : AirPods 2

    Manakala untuk AirPods Pro 2 pula, ia mungkin tidak akan hadir dengan sebarang batang. Reka bentuknya dikhabarkan adalah hampir sama seperti fon telinga Beats Studio Buds. Ia dikatakan akan hadir dengan sensor gerak yang lebih baik untuk pengesanan fitnes.

    Pada masa yang sama, Apple juga dikhabarkan sedang menghasilkan HomePod versi baru yang akan hadir dengan skrin dan kamera, seakan-akan Amazon Echo Show. HomePod tersebut dikatakan akan menawarkan beberapa ciri Apple TV.

    Jadi, adakah anda berpuas hati dengan berita terbaru ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured