More

    AirPods 4 mungkin bawa reka bentuk baharu, USB-C, ANC dan harga berpatutan

    Apple bakal melancarkan AirPods generasi keempat dalam beberapa bulan akan datang, membawa penambahbaikan ketara. AirPods 4 baharu akan dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif, reka bentuk yang segar dan bekas yang dikemaskini dengan port USB-C menggantikan port Lightning.

    Yang menariknya, pelancaran akan menawarkan dua versi, memenuhi pilihan pengguna yang berbeza. Satu versi akan mesra bajet, menyasarkan pasaran peringkat permulaan, manakala versi yang lain akan menarik minat pengguna yang mencari ciri yang lebih maju.

    Langkah ini bertujuan untuk memudahkan pilihan untuk pelanggan, kerana barisan AirPods semasa, termasuk AirPods 3 dan AirPods 2, mempunyai perbezaan ciri yang minimum, menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna. Apple juga merancang untuk versi baharu AirPods Max pada 2024, tetapi kemas kini akan dihadkan kepada warna baharu dan penambahan port pengecasan USB-C.

    ‌AirPods Pro‌ Apple yang lebih mahal akan diperbaharui pada tahun 2025 dengan Apple bersedia untuk memperkenalkan reka bentuk yang dikemas kini “berfokuskan keselesaan” dan cip yang lebih pantas. Walaupun perbezaan khusus antara dua versi AirPods 4 belum jelas, dijangkakan ciri-ciri premium seperti pembatalan hingar aktif mungkin eksklusif kepada model yang lebih canggih, yang kemungkinannya akan menyebabkan peningkatan harga untuk varian tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...