More

    Akaun Twitter individu ternama termasuk Obama, Bill Gates & Elon Musk digodam

    Beberapa akaun Twitter terkenal seperti Joe Biden, Bill Gates, Elon Musk dan Kim Kardashian telah digodam baru-baru ini, di mana terdapat beberapa ciapan yang menunjukkan sebuah scam kriptowang (cryptocurrency).

    Dalam satu contoh di akaun Twitter Bill Gates, ciapan tersebut mengatakan setiap dermaan di Bitcoin akan digandakan sebanyak dua kali dalam 30 minit berikutnya. Dalam setiap akaun yang digodam, semuanya melibatkan dermaan Bitcoin yang kononnya boleh menggandakan jumlah derma.

    Berikutan godaman tersebut, akaun-akaun Twitter yang telah disahkan (verified) telah dielakkan daripada menulis ciapan. Namun pada waktu artikel ini ditulis, para pemilik akaun tersebut sudah boleh menggunakan Twitter seperti biasa.

    Menurut pengkaji Bitcoin, Tim Cotten, setiap dermaan Bitcoin melalui scam tersebut telah dipindahkan ke dalam dompet digital lain. Pihak sokongan Twitter pula mengatakan mereka akan meneliti isu ini agar ia tidak berulang lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured