More

    Akhirnya FarmVille ucap selamat tinggal, akan ditamatkan 31 Disember 2020

    Anda pasti pernah mendengar nama game FarmVille yang pernah menempah nama pada suatu ketika dalam kalangan pemain game di platform Facebook. Zynga, syarikat untuk game FarmVille kini mengumumkan bahawa game tersebut bakal ditamatkan pada 31 Disember 2020.

    Melalui penamatan game ini, Zynga memaklumkan bahawa hal ini adalah ekoran dari Adobe yang akan menghentikan sokongan Flash Player kepada semua pelayar dan Facebook akan turut menghentikan sokongan game Flash selepas 31 Disember 2020 ini.

    Untuk pengetahuan anda, FarmVille telah berdiri di platform Facebook selama 11 tahun. Imbas kembali, anda pasti pernah mendapat jemputan atau notifikasi daripada rakan Facebook yang bermain game ini.

    Segala pembelian dalam aplikasi hanya tersedia sehingga 17 November. Anda boleh menyemak maklumat lanjut di laman perkongsian Zynga ini.

    Adakah anda mempunyai kenangan dengan FarmVille? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Zynga

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured