More

    Akhirnya, iPhone 13 bakal dilengkapi bateri yang lebih besar

    Berita mengenai jangkaan spesifikasi dan ura-ura iPhone bukan lagi perkara baharu untuk industri telefon pintar. Terkini, sumber telah mendedahkan jangkaan yang paling ditunggu-tunggu, iaitu kapasiti bateri yang lebih besar untuk iPhone 13.

    Penganalisis Apple terkenal Ming Chi Kuo menyatakan bahawa model iPhone pada tahun 2021 bakal memiliki kapasiti bateri yang lebih besar disebabkan reka bentuk dan penempatan komponen yang menjimatkan ruang. iPhone tahun 2021 juga dilapor lebih berat berbanding siri iPhone 12.

    Antara komponen yang menyumbang kepada penjimatan ruang dalam badan peranti iPhone tahun 2021 adalah slot SIM diintegrasikan bersama papan ibu dan mengurangkan modul optikal TrueDepth di bahagian hadapan.

    Siri iPhone 12

    Jangkaan kapasiti bateri yang lebih besar ini memberi harapan untuk pengguna iPhone menjangkakan jangka hayat penggunaan peranti yang lebih lama. Apakah pandangan anda mengenai laporan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured