More

    Akhirnya Upin Ipin ada rambut! Episod baru Tumbuh Rambut mula ditayang

    Animasi Upin Ipin ialah animasi yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara jiran Indonesia juga. Watak Upin Ipin yang terkenal dengan imej botak kini bakal dipaparkan dengan rambut baru mereka. Terkini, episod baru Upin Ipin: Tumbuh Rambut mula ditayangkan di Indonesia.

    Kami tidak menemui maklumat rasmi berkenaan siaran episod baharu ini di Malaysia, namun kita boleh menunggu berita rasmi dari pihak Les’ Copaque atau pihak Upin Ipin sendiri di laman media sosial mereka.

    Menurut tayangan pendek pra-tonton episod Tumbuh Rambut, Tok Dalang, Kak Ros dan Opah terkejut melihat penampilan baru Upin Ipin. Penampilan baru ini sepertinya didorong oleh Fizi yang mengatakan bahawa Upin Ipin sebagai botak dan tidak boleh menggunakan krim rambut sepertinya.

    Terdahulu, sebenarnya Les’ Copaque pernah melakar gambar Upin Ipin dengan rambut dan mengacah tentang siri baru pada tahun 2021.

    Apakah pendapat anda tentang rambut siri baru animasi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Upin Ipin

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured