More

    Akta Keselamatan Siber 2024 kini dikuatkuasa, tingkatkan keselamatan siber negara

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) akan berkuat kuasa mulai 26 Ogos 2024 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun.

    Untuk pengetahuan, YAB Perdana Menteri juga merupakan Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan siber yang dikuatkuasakan baru-baru ini. Berikut adalah peraturan yang dibuat di bawah Akta 854:

    • Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh Penilaian dan Audit Risiko Keselamatan Siber) 2024
    • Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024
    • Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pembekal Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024
    • Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024

    Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Akta 854 digubal untuk meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN), fungsi dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta tugas ketua sektor Infrastruktur Maklumat Negara (NCII).

    Selain itu, ia juga telah digubal untuk mengurus ancaman dan insiden keselamatan siber terhadap NCII, mengawal selia penyedia perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan dan membuat peruntukan bagi perkara berkaitan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured